Comelnya! Bayi berusia 5 bulan dilahirkan dengan rambut lebat sampai digelar 'Wolverine'. Malah, imbasan yang dilakukan pada usia 20 minggu, bayi ini disangka perempuan kerana berambut lebat, lapor Mirror.
Bayangkan betapa terkejutnya doktor apabila yang 'keluar' adalah bayi lelaki, malah doktor bersama-sama jururawat mengerumuninya kerana tak boleh 'tahan' dengan wajahnya yang terlajak comel itu! Menginjak usia 5 bulan, bayi yang diberi nama Bobby itu mengejutkan dunia apabila gaya rambutnya seolah-olah menyerupai 'Wolverine', watak dalam filem Marvel X-Men.
Menurut ibu bapanya, Rachel dan Gareth Carter, setiap hari mereka terpaksa membasuh, mengering dan menyisir rapi rambut Bobby kerana ia tidak pernah gugur sejak kelahirannya. "Sebaik dia lahir, Bobby seperti selebriti kerana semua orang mahu memegang dan bergambar dengannya," kata Rachel. Lantaran itu, mereka suami isteri bersepakat membuka laman Instagram bagi mendokumentasikan pembesaran Bobby agar dapat dilihat orang ramai. Aww, untung lah kan dapat anak comel dan unik begini! Namun di sebalik keterujaan orang ramai, Rachel turut berkongsi dia terpaksa menyorokkan Bobby di dalam kereta sorong kerana tak mahu diserbu orang ramai yang teruja dengan rambut anaknya. Hai, susah juga ya! Ada baik dan buruknya. Semoga membesar dengan sihat ya, adik comel! - CARI
|
1
Bagus |
6
Marah |
1
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT