Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos yang direman dua hari bermula kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis selepas mengadu sakit belakang, lapor Sinar Online.
"Saya telah meminta kebenaran dari peguam saya, saya sudah minta kebenaran dari majistret untuk mendapatkan tilam, dan majistret membenarkan," katanya. Bagaimanapun, tilam berkenaan dikatakan gagal diperolehi. "Saya juga terpaksa tidur atas simen parquet dan akibatnya belakang badan saya bengkak. "Pagi tadi saya pitam sekejap dan polis nak bawa ke hospital tetapi memandangkan saya dah habis reman, mereka terus bagi saya keluar," jelasnya.
Ekoran itu, Jamal mendapatkan rawatan di hospital Ampang Puteri. Kelmarin, polis menahan Jamal di hadapan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas dia meluahkan kata-kata berbaur ugutan terhadap Ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim. Terdahulu, Zaid mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tegurannya terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di atas kenyataannya menghina Bugis di laman Twitter. - CARI |
13
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Decaffeinated replied at 11-12-2017 10:50 PM
jamal ni kalau perangai semenggah cukup pakej.....
tapi kadang2 imej bad boy boleh up kan saham s ...
namieamuro replied at 11-12-2017 10:42 PM
ckp berdegar2..takkan tanpa tilam pn dah goyah
ADVERTISEMENT