Disebabkan sifat keberaniannya yang luar biasa sebelum ini, seorang lelaki dari China berjaya mengumpul ribuan pengikut di laman sosial Weibo.
Namun akhirnya semua ini memakan dirinya sendiri apabila maut ketika aksi terakhirnya di atas sebuah bangunan gagal. BBC melaporkan, Wu Yongning, 26, meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan 62 tingkat di Changsa. Walau bagaimanapun, kematiannya hanya disahkan sebulan kemudian oleh kekasih Wu sendiri selepas pengikutnya tertanya-tanya tentang kehilangannya dari laman sosial. Sumber menambah, Wu melakukan aksi terakhirnya untuk memenangi wang bernilai 100,000 yuan (RM61,582.48).
Salah seorang ahli keluarganya memberitahu, Wu memerlukan wang tersebut untuk perkahwinan dan untuk merawat ibunya yang sedang sakit. “Dia sebenarnya mahu melamar kekasihnya sehari selepas hari kejadian, namun hajatnya tidak kesampaian,” tambahnya. Wu sebelum ini memang terkenal dengan video yang memaparkan dirinya suka bertenggek atas bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan. -CARI |
9
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 11-12-2017 10:24 PM
Jackie Chan pun tak ada telur nak buat stunt camtu.
dodifarid replied at 11-12-2017 10:29 PM
Spiderman perancis yang penah nak panjat klcc masih selamat sampai sekarang.. dia tu lagi gila...
ADVERTISEMENT