Persis seekor duyung! Malangnya, bayi comel ini tidak dapat bertahan lama selepas dilahirkan. Mungkin sebaiknya begitu kerana kita tak tahu perkara buruk yang mungkin akan dialaminya.
Yalah, mana tidaknya. Jika dilihat, organ intimnya juga tidak kelihatan. Bahagian dalamannya lagilah kita tak tahu 'apa yang cukup atau tidak', kan? Kelahiran bayi berbadan duyung ini dikenali sebagai Sindrom Mermaid atau Sirenomelia dan ia mengejutkan doktor di India. Ternyata kes kedua kelahiran bayi Sirenomelia ini juga tak tahan lama. Dia hanya sempat bertahan hidup selama 4 jam berbanding kes pertama yang hanya hidup 10 minit sahaja selepas dilahirkan.
"Saya tidak pernah melihat bayi seumpama itu sebelum ini. Ini adalah kes pertama di negeri ini dan kedua di negara ini" kata doktor yang menyambut kelahirannya. Malahan jantinanya juga tidak dapat dipastikan kerana keadaan kakinya yang bercantum seperti ekor duyung. Namun begitu, bayi ini mempunyai pembentukan badan yang normal di bahagian atas badan, cuma di bawah pinggang hingga kaki bercantum. Menurut ibunya, Bibi, dia tidak menjalankan pemeriksaan sonografi ultrasound dan tidak mampu memberi ubat yang sewajarnya sepanjang kehamilan. Sepatutnya jangan ambil mudah ya soal ubat-ubatan yang perlu diambil sepanjang kehamilan! Ia sangat penting untuk perkembangan bayi terutama sekali asid folik di awal kehamilan. - CARI
|
7
Bagus |
2
Marah |
17
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT