Kalau nak ceburkan diri dalam bidang perniagaan, hati kena kental! Lebih-lebih lagi kalau ada masalah dengan pelanggan, semuanya perlu diatasi dengan cara yang paling berhikmah.
Strategi dalam perniagaan kena ada bagi melariskan produk yang dijual. Kalau Sajat dalam bidak kecantikan, pasangannya Coach Yin pula memilih untuk menjual produk kesihatan.
Namun baru-baru ini dia telah menimbulkan kontroversi apabila didakwa tidak memulangkan duit baki pelanggan yang membeli produknya. Sebaliknya dia menyedekahkan wang tersebut kepada ke tabung masjid dengan alasan masjid tersebut memerlukan duit untuk kos pembaikan semula.
Walau bagaimanapun tindakan Coach Yin mendapat kecaman ramai. Rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Coach yin yang menyedekahkan duit baki pelanggan dengan menyatakan bahawa itu tanggungjawab Coach Yin memulangkan semula baki duit pelanggan walaupun sepuluh sen. Namun ada juga yang menyokongnya dengan menasihati para pelangan menghalalkan sahaja baki duit tersebut untuk amal jariah. Susulan kecam yang diterima, Coach Yin juga membidas dengan menyatakan yang dia telah memberitahu pelanggan dahulu sebelum melakukan demikian. Alahai macam-macam dugaan dalam perniagaan. Tabahlah Coach Yin. Apa pula pandangan anda? -CARI |
woobin^^ replied at 15-12-2017 06:40 PM
jap...timeline macam xkena je
ke aku yang reti baca
yg pos sedekah tu 7 days ago, yg pos contact c ...
ADVERTISEMENT