CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Azwan Ali Mahu Tunaikan Umrah Kali Ke-7

28-8-2013 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14938| Komen: 118

Azwan Ali Mahu Tunaikan Umrah Kali Ke-7
Rabu, 28 Ogos 2013


Azwan Ali memang seorang pengacara yang kontroversi. Kadang kala ada juga kenyataannya yang agak pedas keluar. Tapi dalam tidak disangka Azwan sudah enam kali menunaikan umrah yang terakhir kali baru-baru ni.

Dan sekali lagi, berhasrat nak tunaikan umrah tahun hadapan untuk kali ke-7. Kalau dilihatkan Azwan kini semakin berubah kepada kebaikan, dan penampilannya juga dah semakin baik. Ini petikan dari Azwan melalui portal GUA.

“Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah buat kali yang keenam di Tanah Suci Mekah. InsyaAllah, jika diizinkan oleh Tuhan, saya mahu ke Mekah untuk menunaikan umrah sekali lagi buat kali ke tujuh tahun hadapan. Sebenarnya, saya pernah berjanji di hadapan Kaabah untuk menunaikan Umrah sebanyak tujuh kali. Oleh itu, insyaAllah jika Allah makbulkan hasrat hati saya, saya akan mengerjakan umrah sekali lagi pada tahun hadapan dan selepas itu saya bersedia untuk menunaikan ibadah fardhu Haji pula,

“Alhamdulillah, setelah enam kali menjejakkan kaki ke sana, saya rasakan Umrah kali ini memberi pengalaman yang cukup indah buat saya. Perkhidmatan yang disediakan oleh Utas Travel yang berpangkalan di Melaka ini memberikan pengalaman yang terbaik dan servis yang sangat fantastik. Saya dapat rasakan keindahan dalam menjalani ibadah itu sendiri dan pengalaman kali keenam yang saya lalui ini sungguh mengasyikkan,

“Sejujurnya, ketika saya menunaikan Umrah sebelum ini, hati saya masih lagi terbuku. Terbuku itu saya tafsirkan jika saya ada perselisihan faham dengan mana-mana orang sebelum ini, saya masih lagi ada rasa yang berbaki dalam hati saya. Namun kali ini seakan ada satu nikmat apabila saya dapat lepaskan semua rasa yang terbuku dalam hati ketika saya mengerjakan Umrah buat kali yang ke enam,”

“Saya tidak menafikan, jika dahulu selepas pulang dari mengerjakan Umrah, saya tetap bercakap buruk mengenai beberapa orang individu. Sekarang saya tidak mahu lagi berkata sedemikian rupa. Kalau dahulu saya ada berkata yang buruk, saya hanya ingin memohon maaf kepada individu-individu terbabit. Jika mereka enggan memaafkan saya, saya tiada komen lanjut tentang perkara itu,” ujar Azwan .

15

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syafiq79 28-8-2013 02:09 PM
Bila nk menunaikn hj plak...
Quote tora216 28-8-2013 02:16 PM
6x dh buat umrah?? Tpi knpe die masih cmtu?? Mgkin blom dpt umrah yg mabrur..

Mintak dijauhkan le perangai cmtu..

Quote eyansss 28-8-2013 02:19 PM
syafiq79 posted on 28-8-2013 02:09 PM
Bila nk menunaikn hj plak...

kan dia kata dia nak tunaikan kali ketujuh baru buat haji... sebab dia penah cakap depan Kaabah nak buat umrah 7 kali...
Quote Dadadi 28-8-2013 02:24 PM
alhamdullilahhhh
Quote darly 28-8-2013 02:27 PM
Alhamdulillah......
harap2 lepas umrah ni..... terbukak hatinya untuk menunaikan haji pulak....

Quote lylea 28-8-2013 02:29 PM
alhamdullilah..bagus la.. sekurang-kurangnya dia dh pegi umrah 6 kali.. kita ni ada yg x pernah sapai pun lg
Quote scents 28-8-2013 02:31 PM
Alhamdulillah, tempat yg sgt syahdu dan penuh keinsafan, semua org teringin nk pergi
Quote sinbet 28-8-2013 02:45 PM
Tahniah Azwan Ali. Aku doakan yang terbaik buat kau. Manusia memang selalu diberi peluang oleh Allah untuk berubah. Amin
Quote sapp73 28-8-2013 02:47 PM
alhamdulillah...tapi sebaiknya tak perlulah diwar warkan sangat pergi umrah sampai 7 kali tu,
Quote mitnick 28-8-2013 02:48 PM
hrp2 lps nie perangai semenggah sikit
Quote menjad 28-8-2013 03:03 PM
bagus lar... aku ni bila ler dapat gi sana!
Quote tomet05 28-8-2013 03:09 PM
TAHNIAH BUAT AZWANA ALIA
Quote ladyxez 28-8-2013 03:26 PM

sama la , i pun tiap tahun nak ke sana , selang setahun ke
Quote nurfariezza 28-8-2013 03:29 PM
mitnick posted on 28-8-2013 02:48 PM
hrp2 lps nie perangai semenggah sikit

btol...moga dia jd keras ckit lpas ni...
Quote musangcomel 28-8-2013 03:30 PM
semoga kali yg ke7 nnt beliau mendapat umrah yg mabrur
amin..
Quote honda_jazz 28-8-2013 03:30 PM
berubah kejap je pas balik 2 3 bulan nnti berkilat balik bibir tu...
Quote nhao 28-8-2013 03:34 PM
dh nak masuk 7 kali p umrah, harap2 dia tak de la dh nak menghanjinkan org... minta2.... tp untung la dia dh nak p 7 kali... aku ni skeali pon tak p lagi ((
Quote pinkaddict 28-8-2013 03:35 PM
InsyaAllah akan berubah juga 1 hari nnt.. effort dah ada..  at least teringat juga dia ke sana.. dipanggil juga.. dari yg x g lagi mcm aku ni..
Quote tintin22 28-8-2013 03:58 PM
rezeki ko,syukur

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.067432 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top