CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lapar Tengah Malam, Nak Makan Bajet? No Hal! Medan Selera 223 PJ Kan Ada

18-12-2017 04:29 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 6485| Komen: 3|Original author: Oleh: Diba S.

Bagi food hunter atau penggemar makanan yang menetap di kawasan Lembah Klang, pasti tahu dengan kewujudan Medan Selera 223 yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. 


Ia popular terutamanya di kalangan penduduk di PJ yang mencari makanan lewat malam. 

Serius terbaik! Rugi tak cuba, ini antara makanan wajib cuba di sini.

Nasi Lemak
Terdapat dua gerai nasi lemak yang anda boleh pilih di sini. Jika anda sukakan pedas, bolehlah cuba Nasi Lemak Yati. Sambalnya lebih terangkat! Manakala Nasi lemak Suri, sambalnya kurang pedas. 


Tapi jika anda sukakan cabaran, cubalah kedua-duanya sekali!

Selain nasi lemak, ini adalah makanan dan minuman yang kami syorkan di Medan Selera 223, Petaling Jaya!

Jus Kedondong
Jus ini elok diminum pada malam hari yang panas. Memang terus sejuk badan dan segar anak tekak. 

Sup Kambing 

Sup Kambing ini pula sangat sesuai dihirup ketika hujan membasahi bumi. Kuah yang pekat dengan rasa lemak kambing yang sangat ketara. 

Siapa yang tak suka kambing, boleh jatuh cinta dengan kambing selepas menghirup sup di sini!

Kepak Ayam BBQ
Foto: amellie.net
Dihidangkan bersama kentang goreng, kepak ayam berperisa BBQ ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan sajian ringan. Kentang yang digoreng rangup memang sebati rasanya apabila diselang selikan dengan kepak ayam perisa BBQ ini. 

Alamat:
Medan Selera 223
Jalan 51A/223,
Petaling Jaya,
46100, Selangor

Air liur dah meleleh kan? Tunggu apa lagi? Jom ke Medan Selera 223! Ajak sahabat handai dan keluarga sekali! -CARI
21

Bagus
24

Marah
20

Terkejut
28

Sedih
16

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yangsemb 18-12-2017 08:18 PM
Nyum nyum bestnyeee
Quote MissMamamia75 18-12-2017 08:28 PM
Standby je la utk diserbu..
blom duduk..
dah dikerumuni pekerja kedai..ahaks..
Pandai2 pilih kedai..ada yg sedap..ada yg so-so jer..
Harga xda bajet murah bebenor...biasa2 je
Quote Artemesiaa 19-12-2017 12:45 PM
Boleh ler kalau nak tukar2 selera

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.030791 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top