Polis menjejaki suspek lelaki kerana didakwa mencabul wanita di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) dari Pasar Seni menghala ke Masjid Jamek Jalan Tun Perak, Khamis lalu.
Memetik Harian Metro, mangsa, 25, bersama rakannya menaiki tren berkenaan kira-kira jam 7.30 petang sebelum dihampiri suspek. Menurut sumber, suspek tiba-tiba membuka seluar dan menggosok kemaluannya ke arah mangsa. "Susulan itu, mangsa menjerit meminta bantuan. Namun dia mendakwa orang awam yang berada di lokasi hanya tertawa melihat gelagat itu. "Namun sewaktu petugas tren cuba membantu mangsa, suspek bertindak melarikan diri.
"Susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee, pada jam 1.42 pagi, Jumaat lalu," katanya. Polis sedang membuat siasatan bagi mengenalpasti dan mengesan suspek, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Shaharudin Abdullah. "Pihak polis turut menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun yang mendakwa dicabul sewaktu berada di Stesen LRT Masjid Jamek, pada 7 petang, hari sama. "Susulan itu, pihak polis sudah mendapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti identiti suspek. "Kes berkenaan sudah dirujuk ke Bahagian Siasatan Seksual, Keganasan Rumahtangga dan Penderaan Kanak-Kanak (D11) untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul," katanya. - CARI
|
10
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dodolgemok replied at 19-12-2017 09:57 AM
Bodoh apa kes cabul dibuat main2 dan gelak2? Babi2 tersebut xpernah kena cabul? Cabul kote kau org b ...
ad_hoc79 replied at 19-12-2017 10:28 AM
serius org keliling gelak aje??
ke yang gelak tu kawan tolong cover perbuatan kawan yang gila seks ...
ADVERTISEMENT