Nak tahu apa itu Pepes Ayam? Kalau dah biasa makan otak-otak atau sata, rasa Pepes Ayam ni lebih kurang sahaja dengannya.
Ia pedas, enak dan penuh dengan perisa. Tak rugi kalau cuba-cuba masuk dapur dan buat sendiri Pepes Ayam ni! Bagaimana cara nak membuatnya? Ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah. Bahan-Bahan 500gm isi ayam yang dipotong kecil Perahan air daripada 2 biji limau nipis 10 batang pucuk daung kemangi (diracik) 1 biji tomato (dipotong dadu) 4 batang daun salam (dihiris)
Setengah sudu the gula pasir Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa Daun pisang secukupnya (sapu minyak dan layurkan sedikit) Lidi secukupnya Bahan untuk pes (kisar) 4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3 batang cili merah 2cm kunyit 5 tangkai cili kering Cara-Cara 1.Gaulkan isi ayam dengan perahan air limau nipis. Perap seketika kemudian cuci dan toskan 2.Campurkan isi ayam dengan tomato, daun pucuk kemangi, daun salam dan cili merah. Gaulkan sebati. 3.Masukkan bahan yang telah dikisar diikuti garam dan gula secukup rasa. Gaulkan rata sehingga menjadi pes. 4.Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi. 5.Panaskan pengukus dan kukus pepes selama 30 minit. Siap! Sedia untuk dihidang panas-panas, memang nikmat sungguh! Selamat mencuba. -CARI Kredit resipi: Rasa.my
|
10
Bagus |
3
Marah |
17
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT