Tindakan pasangan selebriti, Amar Bahrin dan Amyra Rosli menyembunyikan wajah anak sulung mereka menyebabkan peminat terkilan. Peminat setia pasangan ini yang sekian lama menantikan wajah keluarga baru aktor dan aktres tersebut berasa sedih kerana tidak dapat menatap wajah bayi lelaki tersebut. Namun begitu, memetik laporan Berita Harian Online, Amar dan Amyra sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kecaman dan tohmahan daripada netizen. Wajah bayi yang dilahirkan pada 15 Oktober yang lalu itu kini dapat dilihat dalam program The Adventure of Aqeef Amyramar. Dua pelakon terbabit juga memilih untuk tidak mempedulikan segala komen negatif yang dianggap hanya untuk membangkitkan elemen provokasi. "Sebagai ibu bapa, pastinya kami tidak sabar untuk berkongsi detik indah pembesaran Anaqi bersama-sama semua pihak. Namun, kami terikat dengan saluran berkenaan yang menghasilkan program mengenai anak kami.
"Saya sedar, pelbagai perkara dibangkitkan oleh netizen seperti saya tidak menyusu badan anak, terlalu menyorokkan wajah si kecil dan macam-macam lagi. Namun, saya tidak mahu membalas balik semua itu kerana ia hanya bakal mengundang isu lain pula.” "Kami mencuba sebaik mungkin untuk bersabar dan tidak melayan kata-kata negatif sebegitu. Jika kami membuka mulut, mungkin itulah yang dimahukan oleh kelompok terbabit. Apa pun, kami masih lagi belajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaik-baiknya," kata Amyra. "Sebagai ibu bapa, pastinya kami tidak sabar untuk berkongsi detik indah pembesaran Anaqi bersama-sama semua pihak. Namun, kami terikat dengan saluran berkenaan yang menghasilkan program mengenai anak kami." Setelah hampir 2 bulan menyembunyikan wajah anak mereka, Amar dan Amyra kemudiannya sepakat untuk berkongsi nama anak mereka pada 6 Disember lalu, serentak dengan tayangan program reality bayi tersebut, The Adventure of Aqeef Amyramar. Wajah penuh Aqeef pula hanya dikongsikan di laman sosial Instagram selepas tayangan episod ketiga rancangan realiti itu. - CARI
|
5
Bagus |
2
Marah |
5
Terkejut |
1
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
joy_ah replied at 19-12-2017 04:16 PM
boleh tak nak tengok amyra je
taknak tengok hamster kemam tu
idakamaruddin replied at 19-12-2017 04:23 PM
anak nye muka ammar sgt sbb tu amyra x excited sgt nk tnjuk hahaha
jahatnyee aku{:teatime
joy_ah replied at 19-12-2017 04:16 PM
boleh tak nak tengok amyra je
taknak tengok hamster kemam tu
Peminat setia pasangan ini berasa sedih kerana tidak dapat menatap wajah bayi lelaki tersebut.
sukekucing83 replied at 19-12-2017 04:42 PM
haha hamster..aku pon sampai sekarang xleh digest napela si myra pilih ammar ni..belakon pon suam ku ...
BoongaKertas replied at 19-12-2017 04:50 PM
hamster comel weh. jap, tp kenapa hamster kemam yach??
ADVERTISEMENT