Pusara yang dijaga rapi bukan saja tempat persemadian akhir bagi yang sudah meninggalkan dunia ini, tetapi juga untuk mereka yang masih hidup melawatnya. Malah, ada juga pelawat yang datang untuk menikmati keindahan dan mencari ketenangan.
Sebut sahaja pusara, mungkin ramai yang terbayang benda-benda seram. Namun, berlainan sekali dengan pusara yang dimuatkan di dalam buku '199 Cemeteries to See Before You Die' karya Loren Rhoads. Setiap satu punya keunikan dan keindahan yang tersendiri. Jom tengok antara pusara terindah itu! 1. Pusara Pahlawan Pokok ceri merah jambu yang berkembangan saujana mata memandang memenuhi pusara tentera di Arlington National Cemetery di Virginia. Ia adalah tempat persemadian mereka yang berjuang untuk Amerika Syarikat.
2. Macam taman! Skogskyrkogarden Cemetery di ibu kota Sweden, Stockholm. Keindahannya terletak pada lilin yang menerangi setiap makam dan di sinilah aktres Greta Garbo disemadikan. 3. Poblenou Cemetery Pemakaman ini terletak di Barcelona, di mana orang Catalan yang terkenal dikebumikan. 4. Mirogoj Cemetery Pemakaman ini menjadi salah satu mercu tanda terkenal di Zagreb, Croatia. Penganut pelbagai jenis agama dikebumikan di sini. 5. Pere Lachaise cemetery Pere Lachaise cemetery di Paris merupakan pemakaman terbesar di ibu negara itu dan menarik 3.5 juta pelawat setiap tahun. Antara tokoh terkenal yang ditanam di sini ialah Oscar Wilde dan Jim Morrison. 6. Pemakaman Granary Granary Burying Ground adalah pusara ketiga tertua di Boston dan menarik pelawat ke kubur mantan Gabenor Massachussetts John Hancock, Robert Treat Paine yang menandatangani Pengisytiharan Kemerdekaan dan Bapa Pengasas Amerika Syarikat Samuel Adams. 7. Perkuburan terbesar di Jepun Gunug Koya di wilayah Wakayama merupakan tanah perkuburan terbesar di Jepun. Lebih 200,000 pusara terletak di dalam hutan yang diterangi dengan cahaya dari tanglung. Mount Koya disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2004. 8. Powazki Cemetery Lebih 1 juta orang ditanam di pemakaman di Warsaw, Poland ini yang dipenuhi dengan ukiran monumen berseni. 9. Relig Odhrain Tanah perkuburan bersebelahan gereja kecil St Oran ini terletak di Pulau Iona, Scotland. Di sinilah raja-raja Pictish disemadikan. Setiap orang memiliki pandangan berbeza mengenai tanah perkuburan. Mungkin sesetengah orang takut nak melalui kawasan perkuburan, namun mungkin ada juga segelintir daripada kita mendapatkan ketenangan dengan mengunjungi kawasan berkenaan. Anda macam mana? - CARI |
3
Bagus |
Marah |
6
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT