Bukan mudah seorang ibu hendak menguruskan dua orang anak yang masih kecil lebih-lebih lagi apabila berada dalam perjalanan tanpa ditemani suami. Jadi, terpaksalah uruskan anak-anak sendirian dengan bagasinya sekali. Seorang wanita, Hazura Hamid berkongsi kisah perjalanannya dari Kedah Ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan MAS di laman FB miliknya. Dia terpaksa pulang bersama dua orang anaknya kerana suami tidak dapat cuti. Kisah ini agak mencuit hati kerana mungkin wanita ini tidak menyangka anaknya tidak mahu bangun dari tidur setelah dikejut beberapa kali sebaik tiba di destinasi. Apa yang dilakukan oleh Saudara Qismat Alias iaitu seorang pramugara MAS ini membuatkan wanita ini lega kerana dia sendiri tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menguruskan anaknya yang mahu tidur dan merengek apabila tidurnya terganggu. Dia berasa sangat terharu dengan budi baik krew MAS yang bukan sahaja mendukung anaknya malah turut membawakan bagasi sehingga ke pintu ketibaan. Bagaimana pula dengan anda? Apa pengalaman indah anda ketika menaiki pesawat? - CARI
|
17
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
17
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ninjago replied at 20-12-2017 05:35 PM
hospitality MAS mmg terbaik la dari dulu.. tak penah lagi encounter yg xbest ngan MAS
vanillaninja replied at 21-12-2017 12:37 PM
Baru hari tu baca Marion complain pasal MAS. Happy baca cerita macam ni!
ADVERTISEMENT