Bapa kepada murid 11 tahun yang terbabit dalam kes Cikgu Azizan, dilaporkan tidak munculkan diri untuk memberikan kenyataan media hari ini.
Harian Metro melaporkan lelaki tersebut sudah berjanji mahu menjelaskan keadaan sebenar, namun tidak mengotakan janji. Katanya dia akan mengadakan sidang media di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai pada jam 10 pagi. Namun, batang hidungnya pun tidak kelihatan. Ini menyebabkan pihak media termasuklah wartawan dan jurugambar terpaksa pulang hampa selepas menunggu sehingga jam 2 petang. Difahamkan panggilan yang dibuat tidak dijawab sebelum talian dimatikan.
Begitu juga dengan kiriman mesej di Whatsapp turut tidak dibalas. - CARI
|
chinta89 replied at 20-12-2017 04:30 PM
pulak dahhhh
jazaa100 replied at 20-12-2017 05:48 PM
Masa buat report polis...bkn main kembang kuncup hidung tahan marah kat cikgu....
Dah malu le tu. ...
zulka replied at 20-12-2017 04:32 PM
ah kecoh je wartawan ni, kalau aku jadi pakcik tu pun aku tak dtg.....buat serabut pala otak je
ADVERTISEMENT