Kek aiskrim atau kek span mana pilihan anda? Sudah pasti setiap satunya mempunyai peminat masing-masing tetapi bagi yang meminati kek aiskrim sudah pasti nikmatnya tidak terbayang.
Bila sebut kek aiskrim mesti akan fikir harganya yang sedikit mahal berbanding kek biasa. Tetapi jangan khuatir di sini ada caranya untuk hasilkan kek ais krim buatan sendiri dan anda boleh makan sepuas-puasnya. Resepi yang dikongsi oleh laman sesawang Kaki Sini amat mudah untuk disediakan selain daripada bahan-bahannya yang cukup ringkas. Jadi apa lagi jom kita lihat resepinya yang akan membuatkan anda terus ingin mencuba sediakannya. Bahan-Bahan
1) Dua perisa ais krim kegemaran - coklat, vanila, strawberi (lembutkan) 2) Kepingan Biskut Pilihan - Oreo, Marie, Digestive (dihancur kasar) 3) Mentega (dicairkan) 4) Kekacang atau hirisan coklat sebagai hiasan (tabur atas kek) Cara-Cara 1) Alaskan loyang dengan baking paper 2) Masukan kepingan biskut ke dalam plastik dan ketuk sehingga hancur kasar 3) Masukkan biskut yang dihancurkan dalam mangkuk lalu dicurah mentega yang dicairkan, kemudian gaul 4) Ambil separuh serbuk biskut digaul bersama mentega tadi lalu diletak di dalam loyang sebagai permukaan pertama 5) Kemudian masukan ais krim pilihan anda sebagai lapisan kedua di dalam loyang 6) Lakukannya selang seli antara serbuk biskut dan pelbagai perasa ais krim sehingga ke atas loyang 7) Taburkan kekacang atau hirisan coklat dibahagian atas kemudian tutup dengan plastik makanan jernih 8) Masukan ke dalam peti ais beberapa jam untuk ia membeku sebelum dihidangkan. Anak-anak mesti melompat seronok kalau di rumah sentiasa ada ais krim buat mereka. Sesuai sangat dihidangkan untuk majlis hari jadi dan sebagainya. Selamat mencuba! -CARI Kredit Resipi: Kaki Sini
|
1
Bagus |
10
Marah |
3
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noraidil_06 replied at 21-12-2017 02:51 AM
Iols pernah buat.tp nk potong ssh ya amat
samasam90 replied at 8-1-2018 12:52 PM
akak tak letak pisau dlm air suam ke kak? sy pun first tu susah juga.. tapi bila letak pisau dlm a ...
ADVERTISEMENT