Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab umum walau di mana sahaja kita berada sama ada di rumah sendiri ataupun rumah yang disewa. Namun, berlainan dengan penyewa rumah kepada seorang wanita di Seri Iskandar ini. Keadaan rumahnya kelihatan seperti terabai tidak terjaga sehingga merosakkan rumah tersebut. Nampak macam rumah tinggal pun ada, sedangkan ianya berpenghuni.
Situasi ini dihadapi seorang pemilik rumah sewa di Seri Iskandar, Perak iaitu Fariha Yusof. Dia berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan rumahnya yang ditinggalkan penyewa selepas meminta mereka keluar kerana sudah beberapa bulan tidak membayar sewa rumah.
Rumah tersebut bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bersepah malah berbau busuk kerana najis kucing yang banyak. "Anak aku pun tak lalu nak masuk rumah ni. Rumah berbau busuk dengan najis kucing dan lubang tandas yang tersumbat. Berketul-ketul kot... Sedih wei," tulisnya. Menurut Fariha, sebelum ini dia pernah menyewakan rumah tersebut kepada sekumpulan pelajar dan tidak berlaku keadaan seperti itu. Jadi, dia mengharapkan perkara sama ketika memilih keluarga tersebut untuk menyewa rumahnya, namun sebaliknya pula yang berlaku. "Saya ingatkan, bila ambil orang berkeluarga menyewa rumah ini okey. Rupa-rupanya, jauh lebih teruk dari pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)," ujarnya. Tambahnya lagi, sebelum ini rumah tersebut dilengkapi dengan mesin basuh, almari, katil, dapur, pinggan mangkuk, meja dan perabot yang lain. Namun, setelah penyewa itu keluar segala peralatan tersebut dirosakkan termasuk pintu dan juga tingkap. Fariha turut memberitahu, keluarga tersebut ada mengusahakan dua buah kedai makan di SIDEC, Seri Iskandar. Tapi, melihatkan keadaan rumah yang ditinggalkan itu, tak tahulah bagaimana keadaan kedai tersebut sama ada bersih atau tidak. Dahlah sewa tiga bulan tertunggak, rumah pula macam apa je! Buat masa ini, dia bukan sahaja geram dan marah dengan keluarga tersebut kerana sewa yang tidak dibayar untuk tiga bulan dan Fariha turut kecewa apabila rumah miliknya diperlakukan sebegini. Hisy, teruk betul perangai keluarga ini lah! Macam mana dia boleh 'berkubang' satu keluarga macam tu? "Aku rasa mereka ni spesis yang lari dari zoo ni. "Gila!! Ni ada penyakit mental semua ni," komen netizen. Semenjak dua manejak ni, macam makin menjadi pula perangani penyewa rumah yang tak semenggah mana ni. Berhati-hati okey, bagi anda yang nak mencari penyewa ni. - CARI
|
19
Bagus |
20
Marah |
6
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT