CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak Makan Pun Tak Sempat" - Netizen Terharu Dengan Doktor Ini

22-12-2017 12:55 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 15969| Komen: 102|Original author: Oleh: Khair


Dah menjadi lumrah kehidupan seorang doktor apabila hidup sehari-hari penuh dengan kesibukan terutamanya ketika berada di hospital kerana mereka sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam memberi rawatan kepada pesakit sehinggakan kurangnya masa untuk mereka berehat. 

Baru-baru ini, seorang netizen di Twitter dengan nama Ayuni Johari berkongsi gambar seorang doktor yang kelihatan makan dengan teruru-buru kerana mengejar masa untuk memberi rawatan kepada pesakitnya. 



Menurut Ayuni, gambar tersebut diambil ketika dia sedang menunggu giliran di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pada mulanya dia fikirkan doktor terbabit ingin membeli air di mesin layan diri (vending machine) berhampiran dengan deretan kerusi. 

Namun sangkaannya meleset apabila doktor muda tersebut duduk dan terus makan makanan yang dibungkus dengan cepat dan kelihatan seperti dalam keadaan tergesa-gesa. 

Ayu berasa terharu dan dalam masa sama, kagum melihat keadaan doktor tersebut kerana mereka sentiasa memberikan rawatan terbaik untuk setiap pesakit walaupun masa untuk diri sendiri sering terabai. 



Sementara itu, ada juga netizen lain berkongsi pengalaman mereka memiliki ahli keluarga dari bidang perubatan.



Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada netizen lain dan kebanyakannya turut berasa terharu dengan pengorbanan seorang doktor. Bukan hanya tidak sempat makan, malah ada kalanya mereka tak sempat untuk ke tandas serta mengorbankan cuti rehat demi memastikan pesakit sembuh.



Netizen turut berkongsi cerita bahawa bukan hanya doktor yang melakukan pengorbanan sedemikian, malah semua kakitangan di hospital dan klinik turut bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Dalam masa sama, netizen tidak faham mengapa masih ada segelintir masyarakat yang mempertikaikan kerja doktor serta jururawat sehingga menyifatkan mereka pemalas.


Foto: Twitter

Jadi tidak hairanlah perkhidmatan perubatan di Malaysia antara yang terbaik di dunia, terima kasih doktor dan jururawat serta yang seangkatan dengannya! - CARI

12

Bagus
22

Marah
18

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Laracinta 22-12-2017 01:58 PM
Edited by Laracinta at 12-7-2018 04:20 PM

Betul la. Pakcik lara masuk hospital, doktor macam tak balik rumah. siang malam ada
Quote SOFIA2017 22-12-2017 04:30 PM
Laracinta replied at 22-12-2017 01:58 PM
Betul la. Dulu saudara masuk ward hospital sakit jantung, petang lara nampak doktor tu sibuk sebab s ...

betul tu...kadang nampak macam diorang ni keje 24jam x berenti...
tengok ade jer setiap masa

Quote shernazz 22-12-2017 04:36 PM
Laracinta replied at 22-12-2017 01:58 PM
Betul la. Dulu saudara masuk ward hospital sakit jantung, petang lara nampak doktor tu sibuk sebab s ...

mak iols admitted kat hukm masa raya..
doc specialist tu  sorang je yang ada
cina muar
alahai, kesian sgt dia
tapi dia xde cm pressure ke apa
happy je memanjang

Quote prettyuglybabe 22-12-2017 05:14 PM
semua kerja pun kena berkorban..
lagi-lagi kita yang pilih kerjaya tu..
kalau minat dan ikhlas, sure kita enjoy kerja tu walau penat macam mana pun..
Quote chazey 22-12-2017 05:18 PM
Memang pun. Coba la sembang2 dengan dokotor sepital gomen tanya gimana perasaan depa.

Pastu sembang dengan dokotor sepital private tanya gimana perasaan depa.

Pastinya jawapan jauh berbeda.

Tak mampo dokotor, sembang dengan nurse jah pon buleh.
Quote yangsemb 22-12-2017 05:34 PM
Iolls dulu masa keje opis pon slalu jugerk smp kekadang ‘tugasan ke toilet’ pon terpaksa on hold dulu - lagi2 during mth end closing...tp xde org nk tular/viral kan...{:cryrun
Quote salmon-suki 22-12-2017 08:58 PM
Ada sorg doc bos ni,tgk mcm stress free,walhal byk gk dia kena handle kes..dgn soklan2 drpd doc pelatih lg,mana nk handle pesakit lg..kita y sakit pn bila tgk dia,dah rasa kurg sakit..tu doc y dah byk pengalaman kot..tp ramai je staff y jenis moody je manjang..x kata doc or nurse je,keje ape pn msti cmtu..kalau boleh,personal matters jgn dibawa ke tmpt keje..ni x,bad day utk dia,pstu nk marah2 org,abes semua bad day..apekeheyy..
Quote Abot 22-12-2017 10:40 PM
pernah gk dgr cite dr doc sndiri..  mndi pun kt hospital.  x smpt nk blik..  keje lebih dr 24jam.. kdg 2 hr x blik.  dpt tdo kjp je..  Kesian {:cryrun
Quote sinalegna 23-12-2017 12:06 AM
Dah la belajar susah, keje lagi susah.. duit ada pun masa takde.

Hargailah kesihatan anda.. jangan susahkan doktor ye
Quote skinskin 23-12-2017 02:18 AM
btul la tu.. sbb tu ramai x nk jadik doktor n some makapak x galak anak jadik doktor sbb stress n x de masa utk diri sendiri.. tp smua kerja stress kn.. ape2 pon tahniah kepada sesiapa x kira ape pekerjaan anda kerana menjalankn tugas anda dgn cemerlang{:hooray
Quote moonbug 23-12-2017 02:35 PM
Apa pun profession yg kita pilih, kenalah commit and ikhlas sentiasa walau apa pun cabaran/masalah. Kerja kan ibadah
Quote IsobelMelody 23-12-2017 02:49 PM
Adalah normal bagi kami berdiri dari jam 6.30am-2pm( kalau x da emergency case, kul 2pm boleh balik n duduk dlm keta otw balik rumah, kalau bz berdiri la sampai jam 3pm. Begitu juga bagi kalau shift petang, its normal berdiri dari jam 1.30pm-9pm. Minum air berdiri, makanan tapau/bekal dari rumah x terusik, balik ke rumah baru sentuh makanan yg dimasak 8jam yg lepas. Its normal too tidak ke toilet utk membuang air kencing selama 8 jam... Semua nya kerana kejar masa bagi perkhidmatan yg terbaik utk kamu org sebagai pelanggan kami. Bagi yang oncall, ada kes kul 3 @ 4am, bila dh settle kes around kul 6am, pukul 8am mesti dh trn keja lagi utk waktu pejabat. Peliknya x pernah rasa penat pun, cuma kadang2 ada masa free layan soc med sekejap, rasa terkilan dgn komen negatif netizen jika ada isu melibatkan kes2 perubatan...  Keseronokan n rasa puas hati n berbaloi2 bila pelanggan kami yaitu kamu netizen semua pulang ke rumah dlm keadaan yg sihat dengan senyuman kelegaaan di setiap ahli keluarga kamu sebab kamu telah sihat walafiat.
Quote batu kikir 23-12-2017 03:14 PM
Aku paling meluat tengok patient papa kedana bayar RM1 tapi expect service tip top konon2 aku sorang je bayar cukai .....itupun cukai GST je, personal income tax harampun tak dak. Lepas tu leceh2kan Dr ...,,. ucap terimakasih jauh sekali.
Quote eyelineronfleek 23-12-2017 05:14 PM
batu kikir replied at 23-12-2017 03:14 PM
Aku paling meluat tengok patient papa kedana bayar RM1 tapi expect service tip top konon2 aku sorang ...

Sama lah. Kawan aku keje hospital Putrjaya, dia ckpt patient kat situ semua kuat complaint. Mentang2 la kerje kerajaan, sesetengah tu yg ade jawatan besar skit mcm PTD berlagak nak mampus mcm la diorang sorang je bayar cukai. Menyampah betul org Melayu arrogant camni.  

Kesian aku tgk ken2 aku yg kerja dr kat hospital kerjaan. Tengok hospital and department jugak. Kawan aku keje bahagian medical kat Hosp Serdang, dia ckp kalau dia oncall , phone dia tak putus2 bunyi. Tertidur masa drive balik rumah jgn ckp lah, dah berapa kali dah. Nasib baik belum ajal.

Aku notice yg byk complaint pasal servis KKM sampai nak saman menyaman usually Melayu. Sebab apa? Sebab diorang ni ada " sense of entitlement " yg kuat. Aku bayar tax, jadi aku deserve this. Aku warganegara Malaysia, jadi aku deserve this. Tapi in the end, yg amik semua ubat tapi tak makan and bazir, siapa? Melayu jugak! Pembazir duit kerajaan. Subsidi ubat taknak appreciate, ada hati nak complaint.  Haih Melayu, bukak lah mata. Belajar la bersyukur..
Quote siputsedut 23-12-2017 05:19 PM
Doktor yg check aku nak bersalin..order dua big mac...air large kentang large ngn nurse (bulk order gamaknya)...pastu pandang aku sambil sengih2 cakap dr td lg x makan puannnn...
Quote mommymonster82 23-12-2017 05:23 PM
Sepanjang jumpa dr pakar kat gomen..walau sibuk macam mana sehari suntuk 24 jam kat spital..muka tersenyum je..cakap pon baik2..
Hebatlah dr pakar kat gomen ni..baru kuar ot.. tiba2 ada kes lain..mmg letih.. tapi tetap buat sambil tersenyum..

Garang dgn MO dorg je..tu pon sbb nak menyoal siasat suapaya MO xbuat silap... tapi dgn pesakit cakap mak datuk..punya baik..
MO plak ada yg kerek lebih..

Moga Allah murahkan rezeki dr2 yg baik ni..
Quote mommymonster82 23-12-2017 05:27 PM
eyelineronfleek replied at 23-12-2017 05:14 PM
Sama lah. Kawan aku keje hospital Putrjaya, dia ckpt patient kat situ semua kuat complaint. Mentan ...

Yg banyak komplen n report cikgu pon parents melayu jugak..

Me masa nak bersalin  aduhai..mulut segelintir dorg ni xhabis2 merungut membebel..sakitlah itulah inilah..makanan xsedaplah.. merungut2..semua xkena.. me blah mlas nk duk dekat org gtu.. buat btambh stress je..bersyukurlh skit..
Ada yg komplen kt kena byr seringgit . Me beliak mata seringgit pon komplen??
Quote eyelineronfleek 23-12-2017 05:54 PM
mommymonster82 replied at 23-12-2017 05:23 PM
Sepanjang jumpa dr pakar kat gomen..walau sibuk macam mana sehari suntuk 24 jam kat spital..muka ter ...

Ye wehhh. Aku paling respek doktor pakar yg masih berkhidmar kat hospital kerajaan. Contoh O&G specialist tu. Kalau kerje private, easily boleh dpt berkali kali ganda kot gaji sebulan. Tapi kenapa masih stay dengan kerajaan? Dahla keje penat, high work load, patients pula sesetengah jenis yg kuat complaint and menunggu je opportunity nak saman hospital. Contoh yg aku paling bengang is that case yg patient perempuan nak saman surgeon kat hosp kerajaan sebab hilang saty payudara as a complication of a life-saving surgery. Ko makan tak jaga, lepas tu dapat diabetes , wound healing impaired. Ada hati nak saman doktor yg dah selamatkan nyawa ko.  Badan sendiri tak nak jaga ( kan amanah tuhan tu?), lepas tu blame orang lain .

Kawan doktor aku cakap jugak, dia notice selalunya patient non-Malays ( especially Cina) sgt peka dengan kesihatan diorang, actually take note apa medication diorang ( bukan setakat sebut pil kuning tu or tablet pink ni je), and sgt grateful  and terima nasihat doktor. Patient melayu? Bini ada breast cancer? Takpelah, suami saya suruh berubat tradisional dulu. Setahun kemudin dtg, payudara dah berulat. Tak lama lepas tu meninggal. Dapatlah suami kawen baru .. Ada hidden agenda rupanya..
Quote mommymonster82 23-12-2017 06:02 PM
eyelineronfleek replied at 23-12-2017 05:54 PM
Ye wehhh. Aku paling respek doktor pakar yg masih berkhidmar kat hospital kerajaan. Contoh O&G spe ...

Ada sorg tu citer kat me..dia nyesal hantar wife dia kat private..igtkan bagus dr gomen..last2 ank kena jangkitan kumn masa bersalin..rupanya sepanjang cek up kt private dr xpnh cek pon kencing kotor ke camner ntah.. so masa bersalin ank tu kena..

Dia kt utk yg lepas ni mmg nk gi gomen je sbb dgr citer gomen pon dah bagus skrg terutama OnG..  nyesal byr mhl2 tp ada je rawatan yg xcukup dia kata..

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053937 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top