Kalau bercuti, antara item yang perlu dimasukkan dalam list travel kita
ialah mencuba makanan popular disesuatu tempat itu. Ha! Jika anda bercadang
untuk bercuti di Kuantan, Pahang, jangan lupa utuk berkunjung di Restoran Ana
Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur. Nama restoran ini sememangnya menjadi sebutan
ramai.
Ana Ikan
Bakar mempunyai beberapa cawangan di sekitar bandar Kuantan. Dan yang paling
popular ialah di Jalan Tanjung Lumpur. Persekitaran di sini agak luas dan
bersih. Kemudahan yung disediakan untuk pelanggan juga memang terbaik seperti
surau, tandas, dan taman permainan kanank-kanak.
Menu ‘killer’
di sini tak lain dan tak bukan ialah ikan bakar petai. Anda boleh pilih apa
jenis ikan seklipun untuk dibakar. Tapi kebanyakan pengunjung akan memilih ikan
siakap sebab rasanya lebiih ‘masyuk’ berbanding dengan ikan-ikan lain.
Selain ikan
bakar, anda juga boleh memesan menu sotong celup tepung, udang, ketam, lala,
karangan laut dan macam-macam lagi. Anda boleh memilih ikan-ikan dan sotong
yang segar dengan sendiri sebelum pihak restoran memasaknya mengikut jenis
masakan yang anda mahukan.
Tengok je
menu-menu di sini sudah membuatkan terliur. So, jika anda ke Kuantan Pahang,
jangan lupa singgah di restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur. Dijamin
anda pasti akan berpuas hati. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|