CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom, Nikmati Juadah Lazat Dalam Suasana Memikat Di Restoran Mamanda!

28-12-2017 10:23 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3296| Komen: 4|Original author: Oleh: Zailina

Di mana nak raikan hari istimewa dalam persekitaran indah? Bukan setakat sajian yang enak, malah diiringi muzik tradisional yang merdu melunak. 

Restoran Mamanda, jawapannya! Restoran ini telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dan mula beroperasi sejak 2012 di Sultangate, Singapura. 

Istimewanya di sini, sajian Melayu disantap dalam suasana gemilang Istana, dilayan bagaikan berada di singgahsana. Setiap hidangan dilihat mempesonakan, maka selera pun terpikat dan citarasa pun tertambat. 


Pintu masuk ke Restoran Mamanda

Nasi Kerabu berlauk serunding ikan, daging bakar, budu dan banyak lagi


Dari 20 Disember 2017 sehingga 20 Januari 2018, Mamanda mengadakan Fiesta Sajian Kelantan. Ada Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Nasi Dagang serta kuih-muih hasil air tangan Chef Nik, seorang pakar masakan yang tidak asing lagi! Air tangannya pernah disajikan di Istana Kelantan. Semua masakannya memang enak dan memuaskan hati.


Enaknya Nasi Dagang berlauk ayam, ikan dan udang

Sajian terkenal disediakan Mamanda adalah Nasi Ambeng dengan beraneka lauk-pauk, kerabu juga sambal. Kalau memesan hidangan dulang, ia boleh dimakan hingga empat atau lima orang. Memang berbaloi dan menghiburkan makan bersama sedulang seperti dianjurkan dalam Islam juga adat Jawa.


Nasi Ambeng mashyur di seluruh Nusantara

Manisan istimewa untuk Fiesta Sajian Kelantan

Mamanda dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam, Selasa hingga Ahad. Sebaiknya, buatlah tempahan sebelum ke sana kerana kadangkala majlis menyambut ulang tahun, pertunangan atau perkahwinan turut diadakan di situ. 


Pelbagai sajian yang menawan selera

Alamat: TPC Kuala Lumpur, 10 Jalan 1/70D, Jalan Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur.


Raikan teman atau keluarga istimewa di restoran indah ini. Ia memang pengalaman yang tak mudah dilupakan. - CARI
4

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 28-12-2017 01:05 PM
Tempat makan orang have2 ni..

Mesti ghege kedaung mahal...
Quote msdummy.2018 22-1-2018 06:02 PM
macam mahal jerrrr
Quote Budakmomok 3-2-2018 07:54 AM
Macam mahal je ni
Quote beeeee 7-2-2018 11:37 AM
Emm takut la nak makan tak kenyang tp mencekik daroh regenye

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.113224 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top