Zaman sekarang kalau nak masak semuanya nak cepat dan mudah, kan? Apatah lagi banyak perkhidmatan menjual makanan yang siap untuk dihantar terus ke depan pintu. Ia memang sangat memudahkan para ibu berkerjaya.
Ataupun, perkara biasa dilakukan kebanyakan daripada kita adalah menyimpan lebihan makanan di dalam bekas plastik dan masukkan ke dalam peti ais. Kemudian, memanaskannya semula menggunakan ketuhar, mudah dan cepat! Tapi, tahukah kita makanan yang tersimpan di dalam bekas plastik dan dipanaskan semula di dalam ketuhar akan memberi kesan berbahaya kepada kesihatan? Menurut Lindsey Malone, pakar dan pengurus pemakanan di Cleveland Clinic adalah satu kemestian untuk memastikan plastik yang digunakan adalah jenis selamat untuk ketuhar. Maksudnya bekas plastik telah diuji secara klinikal dan dijamin selamat untuk digunakan. Kanser Ini kerana bekas plastik yang tidak mempunyai label selamat untuk ketuhar apabila dipanaskan, berisiko untuk mendapat penyakit kanser. Apabila dipanaskan di dalam ketuhar, komponen yang ada dalam bekas plastik ini akan menjadi tidak stabil dan mengalir ke dalam makanan yang dipanaskan. Ini adalah sangat berbahaya kepada kesihatan. Lebih bahaya kalau bekas plastik itu sudah turun warna atau calar-balar, tak perlu fikir panjang, buang saja terus! Nampak macam memudahkan kerja ibu-ibu, tapi mudarat pula yang datang. Sebaiknya, kalau nak panaskan makanan, guna bekas yang diperbuat daripada kaca atau seramik yang lebih terjamin keselamatannya. Masih belum terlambat nak mengubahnya. - CARI
|
10
Bagus |
7
Marah |
14
Terkejut |
8
Sedih |
20
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
adm7 replied at 26-12-2017 10:54 AM
Yg bekas plastik kedai selalu guna untuk bungkus nasi tu mcm mn plak?
ultra78 replied at 26-12-2017 06:32 AM
Lagi pelik adalah Cari PT Editor dapat Credit -1
Hmmm...
adm7 replied at 26-12-2017 02:54 AM
Yg bekas plastik kedai selalu guna untuk bungkus nasi tu mcm mn plak?
adm7 replied at 26-12-2017 02:54 AM
Yg bekas plastik kedai selalu guna untuk bungkus nasi tu mcm mn plak?
BebeQ replied at 27-12-2017 10:13 AM
apa2 je la jenis bungkusan selain kaca, transfer ke kaca dan panaskan. tak pun makan je la sejuk t ...
adm7 replied at 27-12-2017 12:20 PM
Bukan tu. Lps kerajaan haramkan penggunaan polisterin, kebanyakan kedai guna bekas plastik untuk m ...
ADVERTISEMENT