CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Berapa Ramai Yang Sudah Terjerumus Dengan 'Selfie Jahanam'

26-12-2017 04:01 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 5729| Komen: 10

Assalamualaikum semua,
Gambar adalah salah satu medium penyimpan dan pembuka sesuatu memori yang memberi impak besar dalam kehidupan kita semua. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi yang hebat yang membuatkan segala peristiwa dapat diambil, disimpan dan juga dikongsikan bersama dengan lebih mudah. 


Terlahir juga bermacam teknik mengambil gambar antaranya ‘Selfie’. Untuk segmen kali ini, saya ingin berceloteh sikit berkenaan dengan ‘Selfie Jahanam’. Mungkin satu istilah baru daripada saya namun lebih menakutkan adalah apakah yang menyebabkan timbulnya kata ‘jahanam’ itu sendiri? 

Setelah lebih 7 tahun mengendalikan program secara terbuka dan personal berkenaan dengan perhubungan, saya dapati terdapat seakan satu kemestian dalam perhubungan apabila ramai wanita terjerat dengan begitu mudah dalam meluahkan kasih dan sayangnya terhadap kekasihnya. Apa yang berlaku sebenarnya?

Bermula dengan kata cinta dan rindu antara mereka melalui whatsapp atau Facebook Messenger, si lelaki akan bermain ayat-ayat dramatik mereka untuk mengaburi teman wanita mereka supaya melakukan ‘selfie jahanam’ mereka iaitu mengambil gambar seksi atau terdedah untuk menunjukkan betapa kasih dan sayangnya mereka berdua. 



Nampak seakan mustahil namun inilah realitinya kerana saya sendiri telah menerima terlalu banyak kes berkenaan dengan ugutan daripada bekas teman lelaki yang inginkan seks sahaja jika tidak, gambar-gambar bogelnya akan didedahan secara umum. 

Usah kita bicarakan lanjut berkenaan dengan ugutan, saya ingin dedahkan ‘tendency’ atau kebarangkalian seseorang lelaki (teman lelaki) yang telah berjaya mendapat ‘gambar’ teman wanitanya (sekadar teman wanita dan bukan untuk berniat bersungguh untuk berkahwin), untuk ber’jemaah’ melihat bersama rakan-rakannya adalah cukup tinggi. 

Sekurang-kurangnya jika tidak berkongsi melihat, ada yang sekadar berkongsi cerita untuk menunjukkan betapa hebatnya dia dapat menguasai teman wanitanya. 

Lebih menakut apabila, ada sebilangan yang menjadikan gambar tersebut sebagai medium viral dengan menyebarkan ke dalam group-group whatsapp dan sebagainya. Belum diambil kira lagi sekiranya mereka berpisah secara tidak baik sehingga membuatkan pasangan terutama si lelaki akan membalas dendam dengan membuka aib bekas teman wanitanya itu dengan menggunakan koleksi ‘gambar’ nya itu. 

Inilah realiti yang berlaku sekarang. Hakikatnya, si lelaki akan cuba mengikat wanita dengan ‘gambar’ yang diberi sebaliknya lelaki itu sendiri tidak memberikan gambarnya. Sayugia, wahai wanita, jangan menjerat diri anda semata-mata kerana perasaan kasih sayang dan cinta terhadap seorang lelaki. Sekiranya seorang lelaki itu jujur dalam perhubungan dan ikhlas mencintai anda, tidak mungkin dia akan meminta gambar anda yang tidak menutup aurat malah mereka sendiri akan sentiasa menegur cara anda berpakaian sekiranya tidak menutup aurat. 


Pergi lebih jauh lagi, apabila rancak juga muncul video-video ciptaan pasangan sendiri yang menunjukkan hubungan intim kedua-dua mereka. Bermula dengan janji manis video yang dirakam hanya untuk simpanan sendiri dan sekadar kenangan manis mereka berdua, namun, realitinya sekiranya anda membenarkan video diambil, maka, anda sebenarnya telah memberi mereka ‘senjata’ untuk membunuh anda sekelip mata. 

Yang saya maksudkan di sini, video itulah yang akan mereka gunakan untuk membuka aib anda demi untuk membalas dendam atau sekadar untuk menguasai dan mempergunakan diri anda hanya semata-mata kerana seks atau untuk kepentingan wang ringgit. 

Percaya atau tidak, mengikut kajian, video-video sebegini, hampir 80% terhasil 100% menampakkan wajah wanita namun langsung tidak didedahkan wajah si lelaki. Akibatnya, wujud pula laman-laman web yang tidak berlesen ini menggumpulkan semua video-video dan gambar-gambar yang dibeli daripada golongan yang tidak bertanggungjawab ini untuk disebarkan kepada umum. 

Siapa sangka, perlakuan anda berdua secara tersembunyi telah tersebar di alam maya dan boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja. 


Jadi wahai wanita di luar sana, pesanan ringkas saya berkenaan dengan ‘selfie gambar dan video jahanam’ ini, ada satu cara mudah untuk mengatasi daripada ianya tersebar. Apakah caranya??

Caranya adalah ….. “JANGAN BUAT MAKSIAT”

Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin 
24

Bagus
27

Marah
35

Terkejut
28

Sedih
23

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 26-12-2017 04:26 PM
akak pun pernah orang skodeng banyak kali kt stesyen minyak dan asrama, setiap yang skodeng akak berakhir dengan mata lebam atau balai polis.

Quote saviour_09 26-12-2017 04:51 PM
CiliPadiSedap replied at 26-12-2017 04:26 PM
akak pun pernah orang skodeng banyak kali kt stesyen minyak dan asrama, setiap yang skodeng akak ber ...

mesti hakak ni lawooo
Quote noraidil_06 26-12-2017 04:51 PM
Pada mn2 wanita, kalau dh terlanjur berselfie tu n diugut.sila report polis.malu, malu dah kan, kite sumbat org tu ke dlm.biar dia rase
Quote izzat1987 27-12-2017 12:37 AM
No selfie in my life. Aku benci bergambar. Membosankan haha
Quote chinta89 27-12-2017 08:44 AM
beringat2 lah sesama kita.
Quote Siput_Sawah 27-12-2017 08:53 AM
so betul lah nasihat ustaz azhar idrus tu...jaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita,  wanita kawan dgn wanita, kalau kawan dgn lelaki boleh tapi lelaki itu mesti ikhlas hendak berkawin dan jumpa di rumah family sahaja. tapi ramai yg maki hamun ustaz tu tapi bila dah terkena kat batang hidung or family sendiri "tepuk dada tanya diri sendiri".

dunia serba serbi nak acah urban ni ramai wanita melayu dah hilang maruah, kenyataan yg pahit untuk di telan mungkin?
Quote taji2906 27-12-2017 09:08 AM
perempuan tak payah nk selfie2 ni.. mengundang keburukan jek.. zaman skrg brapa byk laki gila seks, gila bomoh ni semua.. klu tak kena santau, kena tampal dlm bilik air la gambar ko.. paham2 je la.
Quote botol_purple 29-12-2017 01:27 PM
Beringat2 la..
Quote botol_purple 29-12-2017 01:27 PM
Tapu semacam satu penyakit plak tiap ari riap kali post selfie kat media sosial..
Quote yangsemb 2-1-2018 07:13 AM
Sebbek iolls dh kertu n xterjebak dgn selphie melphie ini...cam terover perasan pun ada gak, or acah2 jd hawt model on earth gitchewww{:laugh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069056 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top