Pasti ramai yang pernah mengalami insiden terlekat gula-gula getah (chewing gum) di seluar atau baju di mana-mana tempat awam kan? Rasanya ewww…. geli lalu membebel pada orang yang tidak bertanggungjawab itu. Tapi bagaimana pula jika gula-gula getah memenuhi dinding batu berhampiran Pike Place Market, Post Alley hingga menjadi trademark di Bandar Seattle, Washington? Ada rasa nak membebel atau hairan dengan perbuatan pelik ini? Pemandangan berwarna-warni ini boleh dilihat dengan aksi pengunjung yang melekatkan gula-gula getah yang telah dikunyah ke dinding yang tingginya 15 kaki hingga mencapai 50 kaki. Berdekatan dengan Market Theater, tradisi ini sebenarnya bermula pada tahun 1993 ketika Patron Unexpected Productions Seattle Theatresports melekatkan gula-gula getah di dinding sebagai simbolik perasmian. Namun lama kelamaan ia jadi kebiasaan apabila orang yang lalu lalang turut menempek gula-gula getah hingga ia menjadi tarikan pelancong pada tahun 1999. Malahan ada juga ‘pelukis sukarela’ yang membuat hasil seni dengan gula-gula getah terpakai ini. Patutlah ramai juga yang menjadikan lokasi ini untuk berselfie mahupun merakamkan kenangan sebagai tanda pernah berada di Seattle. Malahan filem Love Happens lakonan Jenniffer Aniston juga pernah mengambil latar belakang The Market Theater Gum Wall sebagai adegannya pada tahun 2009. Setelah membiarkan gula-gula getah di dinding selama 20 tahun, akhirnya pihak berkuasa dengan kerjasama Pike Place Market membersihkan dinding tersebut bagi mengelakkan jangkitan kuman pada 10 November 2015. Kerja pembersihan ini mengambil masa 130 jam untuk menghapuskan gula-gula getah seberat 1,070kg. Bagaimanapun tiga hari kemudian, pengunjung tetap hadir lalu menempek kembali gula-gula getah yang baru ke dinding tersebut. Jadi, anda rasa ia masih pemandangan yang menarik atau jijik melihatnya? - CARI |
14
Bagus |
19
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT