CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Puji Wanita Ini Kumpul Duit RM11k Dalam Tabung Besi, Mampu?

28-12-2017 01:48 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 12617| Komen: 22|Original author: Oleh: Khair


Pasti semua orang kenal tabung dan mengetahui fungsinya sebagai tempat menyimpan duit. Sejak kecil, amalan menabung diterapkan dalam diri seseorang. Namun, ia memerlukan disiplin yang kuat seperti dilakukan wanita ini apabila dia berjaya menyimpan duit lebih RM11 ribu di dalam tabung besi miliknya. 



Farihan Baharudin mula menabung sejak awal Januari 2017 sehingga Disember 2017 dan apabila dia mengira semula jumlah tabungannya, ia ternyata mengembirakan hatinya. Siapa tak gembira bila tengok jumlah tabungan mencecah RM11,574.70 sen. Gila tak seronok? Besar tu nilai RM11,000!


Farihan memang sangat berdisiplin dan dia patut dipuji kerana dia akan meneruskan usahanya itu. 



Pun begitu, ada juga netizen yang pelik bagaimana wanita ini boleh menyimpan sehingga tabungannya mencecah jumlah sebanyak itu.


Seorang peniaga

Berikutan itu, Farihan menjelaskan dia mampu melakukannya kerana sebagai seorang peniaga, dia selalu mempunyai wang tunai dalam tangan dan bagi mengelakkan wang tersebut terguna atau hilang, dia akan terus meletakkannya di dalam tabung besi. 



Selain itu, Farihan turut menyarankan orang ramai untuk menggunakan tabung yang sukar dibuka seperti tabung besi yang digunakannya kerana tabung berkenaan tidak mempunyai penutup dan satu-satunya cara membuka tabung itu adalah mengunakan gunting atau pisau. 

Foto: Twitter

Tweetnya itu memberi semangat kepada netizen lain untuk mengamalkan tabiat menabung sepertinya dan menjadikan ia sebagai azam tahun baru. 

Walaupun tabung berkenaan tidaklah semahal mana, fungsinya sebagai tempat menyimpan duit itulah paling berguna. Jadi, apa kata kita bersama-sama mulakan tabiat menabung pada tahun baru yang kian menjelang ini. - CARI
17

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 28-12-2017 04:14 PM
dia berniaga boleh la hari2 ada duit cash masuk
x buat mcam tu pun boleh
tolak siap2 gaji bulan2 buat saving kat ASB ker
pastu jgn la gi korek..
macm la org lain x reti simpan duit langsung
semua nk viral macm sorang diri jerk baguss...
bukan la jeles..
tp mcam da jd  trend lak...asal ada2 semua nak show off
Quote saviour_09 28-12-2017 04:18 PM
haryatie replied at 28-12-2017 04:14 PM
dia berniaga boleh la hari2 ada duit cash masuk
x buat mcam tu pun boleh
tolak siap2 gaji bulan2 b ...

selagi boleh viral kaedahnyaaaa
Quote idakamaruddin 28-12-2017 04:35 PM
haryatie replied at 28-12-2017 04:14 PM
dia berniaga boleh la hari2 ada duit cash masuk
x buat mcam tu pun boleh
tolak siap2 gaji bulan2 b ...

nthnyeee

org lain simpan dlm bank x sama ke ngn konsep simpan kt tabung

aku pn mcmtu gak simpan terus 40% gaji kt bank lain

x usik jugak

tak viral pn


Quote intanazlynna 28-12-2017 04:37 PM
seronok menabung macam ni, I menabung duit RM5, RM20 & RM100...

baru pas kira duit RM100 je ada RM5k hehehehe
Quote uori 28-12-2017 05:02 PM
meniaga lainlah. duit selalu masuk tak tentu masa. kalau tak, takdela kawan aku main kutu cabut dua minggu sekali dapat RM15k.
Quote Meiizu 28-12-2017 08:11 PM
So lepas ni dia simpan tabung lagi kann
Jgn ada yg pi pecah rumah dia sudah
Quote Konahhh 28-12-2017 10:08 PM
Yang penting jangan pulak korang tengok and try ikut literally. Buat ikut kemampuan. Memang hakak ni mampu 11k sebab dia peniaga, masuk duit pun 50, 100. Janganla pulak kita force saving sampai force menganiaya diri. Ada lebih, masuk. Kalau takda, yang sen2 pun okay je. Janji menyimpan, dari non hado langsung..
Quote ak0143 28-12-2017 11:02 PM
At least start sikit kan. Nak simpan rm100 sekali mmg sush. Dari takde pape, simpan la rm1 ponnn
Quote haryatie 29-12-2017 08:16 AM
Meiizu replied at 28-12-2017 08:11 PM
So lepas ni dia simpan tabung lagi kann
Jgn ada yg pi pecah rumah dia sudah

...lesap tabung..

Quote sabar_sabariah 29-12-2017 08:55 AM
Yang elok, boleh lah amik inspirasi
Fikir positif sudah
Jangan tgk pada kuantiti
tengok pada kualiti
Dia boleh simpan 11k
Kita dapat simpan 1k jadilah..dari takde
Sikap disiplin dia tu yg kena amik contoh
Sekian

Petang ni g beli tabung besi
Quote ItisDD 29-12-2017 09:19 AM
Nak cuba gak menabung walaupun sedikit, tp selalunya duit dlm tangan x pernah mencukupi...
Quote honeybucuk 29-12-2017 09:21 AM
simpan je dlm bank terus..

asingkan bank gaji dgn bank saving..dpt gaji terus transfer ke bank lain yang tak de access online banking..atm pun susah jumpa..

bahaya betul show off macam ni..org tau rumah dia ada banyak cash..
Quote hady_vit 29-12-2017 09:31 AM
so apa bezanya ko simpan dlm tabung dengan bank??? benda mcm ni pun nk viral kan. lainla kalau ko citer in detail simpanan ko kt tabung dan simpanan lain kt bank..
Quote rospinki 29-12-2017 09:32 AM
bimbonya hakak...motif nak show off serata alam ko menabung
Quote axl_bach 29-12-2017 09:45 AM
Skang trend viralkan pasal menabung plak dah....kah kah kah

Aku pun dah lama amalkan tabiat menabung nih,tp aku menabung syiling jer....dpt syiling jerr kalo ada limaposen mmg wajib masuk tabung, nilai lain masuk dlm keta buat bayor parking etc etc....

Now dah lebih RM 200 dah kot tabungan limaposen aku.......
Quote mamapea 29-12-2017 10:13 AM
aku kumpul duit syiling jer...skali tukar dptla 200 atau 300...
duit syiling yg aku kumpul ni duit enjoy2
Quote devilito2 29-12-2017 11:05 AM
sabar_sabariah replied at 29-12-2017 08:55 AM
Yang elok, boleh lah amik inspirasi
Fikir positif sudah
Jangan tgk pada kuantiti

saya sokong... be +ve
Quote mieymiey 29-12-2017 11:07 AM
I pun baru nak start menabung duit hijau. Asal ada duit hijau kat tangan, terus masuk tabung.
Quote suka2 29-12-2017 11:27 AM
haryatie replied at 28-12-2017 04:14 PM
dia berniaga boleh la hari2 ada duit cash masuk
x buat mcam tu pun boleh
tolak siap2 gaji bulan2 b ...

Sebab ramai sangat netizen bimbo sampaikan nak menabung pun kena tunggu netizen lain viralkan cara nak menabung baru la terbuka hati nak menyimpan duit... Ok la sikit hari lagi acik farihan ni bole la jadi sifu menabung sumber inspirasi ramai

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.119945 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top