CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makanan Sabah Unik-Unik, Tapi Enak! 5 Menu Wajib Cuba, Ruginya Kalau Tak Pernah Rasa

29-12-2017 11:33 AM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 6684| Komen: 10|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Selain terkenal dek kerana makanan lautnya, Sabah negeri di Bawah Bayu ini juga turut mempunyai makanan-makanan unik yang mana anda patut cuba.

Ini kerana ia bukan sahaja unik malah rasanya juga ada yang sedap dan pelik tetapi jangan khuatir kerana ia tetap selamat dimakan.

Dipetik dari laman sesawang Butterkicap, ini senaraikan lima makanan unik wajib cuba jika anda ke Sabah.

1) Hinava
Foto - peppers-love.blogspot.my


Hinava Ginapan atau dipanggil dengan nama ringkas Hinava merupakan salah satu makanan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun. 

Dihasilkan dengan menggunakan isi ikan segar, ia kemudiannya dicampurkan dengan biji buah bambangan yang diparut. Untuk menambahkan rasa pedas cili merah dimasukan dan diikuti halia, bawang merah, limau nipis dan garam.

Hinava ini merupakan makanan paling popular dikalangan suku Kadazan-Dusun dan biasanya dihidangkan semasa Tadau Kaamatan yang mana ia dijadikan sebagai hidangan paling istimewa.

2) Barobbo
Foto - asharimuhri.wordpress.com

Bubur nasi jagung. Mungkin itu yang boleh dikatakan bila kali pertama melihat dan mencuba hidangan unik ini. Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Bugis di Sabah terutamanya di Sandakan dan Tawau.

Jika dahulu barobbo di masak bersama jagung pulut namun hari ini ia banyak dimasak menggunakan jagung manis.

Kebiasaannya, Barobbo dimasak apabila sesebuah keluarga berkumpul beramai-ramai seperti waktu cuti hujung minggu. Difahamkan makanan ini enak ketika dimakan panas-panas.

3) Latok
Foto - nurhasanahbaqiah.wordpress.com

Bentuknya yang kelihatan pelik serta warnanya hijau pasti membuatkan anda tertanya-tanya apakah makanan ini bila melihatnya buat kali pertama.

Merupakan sejenis rumpai laut, Latok adalah makanan tradisional suku kaum Bajau Laut di Sabah.

Makanan ini cukup popular di kalangan masyarakat Bajau Laut yang mana kebanyakan mereka tinggal di persisir pantai Semporna. 

Latok juga dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dikatakan dapat memberikan kebaikan kepada sesiapa yang memakan makanan unik ini.

4) Pinasakan Sada
Foto - nabaluvi.blogspot.my

Selain Hinava, ini satu lagi makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun yang dianggap unik dan sangat terkenal di Sabah.

Berbeza dengan Hinava yang menggunakan isi ikan segar, Pinasakan Sada ini adalah sejenis ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan beberapa bahan.

Antara bahan-bahan yang dicampur dalam makanan ini adalah buah Bambangan, Takob-akob, kunyit dan garam.

Pinasakan Sada ini mempunyai satu kelebihan berbanding Hinava di mana tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.

5) Noonsom
Foto - tanomkinotuan.blogspot.com

Nak sebut nama makanan ini kena betul-betul ya kalau salah sebut boleh jadi NekSom pula.

Noonsom yang menjadi makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun merupakan salah satu makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu noonsom sada (ikan), noonsom bambangan (buah), noonsom tuhau (tumbuhan).

Ha jadi amacam dengan senarai lima makanan unik Sabah yang disenaraikan? Ada tak antaranya yang belum anda cuba? Jika belum boleh la cuba ke bila bercuti ke sana dan jadikan senarai dari Cari ini sebagai panduan untuk mencuba. -CARI

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siputjelly 29-12-2017 12:42 PM
my fav latok!! {:thief
Quote CardiGans85 29-12-2017 12:58 PM
Nk mkn latok...{:cryrun
Quote SerenaBlair 29-12-2017 01:00 PM
Macam nak rasa latok tu
Quote masmelon 29-12-2017 02:31 PM
latok rase dia mcm mana?
Quote notsospecial007 29-12-2017 02:56 PM
menariknyaa tgk latok tuu.. apa rasanya??
Quote deathacker 29-12-2017 10:29 PM
Prg KK dulu mkn kat gerai ikan bakar berdekatan psr filipin ada jg nmpk latok ni hidang sekali dgn ikan bakar. Tp aku x mkn,sbb mmg x suka mkn benda pelik2.
Quote uori 29-12-2017 10:35 PM
rindunya nak makan hinava dan latokkkk  
Quote patchipink 30-12-2017 12:19 AM
kecurnyaa tengok latok tuu
Quote drivethru 30-12-2017 10:15 PM
Pernah makan latok. Bila kunyah macam rangup.
Quote yangsemb 31-12-2017 10:49 PM
Oooo boley coba nanti bila di Sabah {:thief

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.031389 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top