Ramai ibu-ibu yang risau bila anak-anak mereka tak nak makan dan hanya minum susu sahaja setiap hari. Malah ramai juga yang nak mudah dan hanya bagi anak-anak makan makanan yang diproses seperti nuget dan sosej atas alasan anak-anak tak suka makan nasi. Apabila anak-anak sakit, si ibu mulalah gelisah dan risau akan tahap kesihatan anak-anak. Berat badan tak naik, kerap demam dan sebagainya. Jadi, ibu-ibu kenalah ada ilmu dan pengetahuan tentang pemakanan anak-anak dan jangan biarkan anak-anak kenyang dengan susu sahaja. Seorang Pegawai Sains Pemakanan iaitu Azimah Zainal berkongsi cerita tentang anak yang berusia 3 tahun yang tidak mahu makan tetapi di beri 10 botol susu formula setiap hari. Kanak-kanak tersebut dirujuk kepada Doktor Perubatan kerana kekurangan berat badan. Ramai netizen yang 'tag' pasangan masing-masing sebab masalah anak tak nak makan dan memilih makanan ni memang ramai yang hadapi. Jadi, perkara ini memang buatkan ibu bapa risau dan buntu apa yang patut mereka lakukan untuk buatkan anak-anak mereka makan dan kurangkan susu. Setuju dengan komen kat bawah ni sebab memang ada ibu bapa yang jenis ambil mudah. Kalau dah anak tak nak makan dibiarkan saja asal anak kenyang dengan susu. Ibu-ibu yang malas memasak pun ada. Bagi je anak tu minum susu berbotol-botol. Mereka ingat susu tu dah cukup seimbang untuk tumbesaran anak-anak. Ramai ibu-ibu yang dah berjaya kurangkan pengambilan susu dan anak-anak mereka dah mula suka makan makanan yang berkhasiat. Jadi, janganlah ingat anak tak nak makan tapi cubalah jadi ibu yang kreatif dengan pelbagaikan hidangan untuk anak-anak dan kenal pasti apa makanan kegemaran mereka. Nak jadi ibu kenalah rajin. - CARI
|
6
Bagus |
2
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munahjolie replied at 30-12-2017 09:57 PM
Anak buah munah pun sebenarnya susah makan. Waktu kecik sikit umur dia makanan yang dia nak nasi gor ...
rukia2 replied at 31-12-2017 12:13 AM
Kdg2 bila parent bz kje pun antara faktornye jgk.. Dulu masa kaka ipar ai x kje rajin je du masak ...
sofiazara replied at 31-12-2017 02:46 AM
selain kes parents pemalas dan asik suap susu sbb senang, ada sejenis parents yg aku pun tak paham i ...
ADVERTISEMENT