Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Masih belum terlambat nak ucapkan selamat Hari Natal pada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Juga tak lama lagi kita akan meraikan tahun baru 2018 dan akan tinggalkan kenangan 2017 yang banyak memori kepada kita.
Juga termasuklah makanan yang menjadi fenomena sepanjang tahun ini. Jadi bagaikan satu tradisi apabila satu makanan itu menjadi tular mulalah berpusu-pusu orang datang untuk mencarinya. Bagaimanapun tidak semuanya kekal lama malah ada juga yang terus hilang selepas beberapa ketika. Jom kita saksikan beberapa imbasan makanan yang pernah viral sepanjang tahun ini ada yang dalam dan luar negara. 1) Kek Nasi Lemak
Siapa sangka hasil kreativiti menghasilkan sesuatu daripada makanan tradisional ini mendapat tempat di hati pencinta makanan Malaysia. Kek ini mula menjadi buah mulut orang ramai dan mendapat tempahan yang tinggi juga. 2) Burger Nasi Lemak Dengar macam aneh bukan tapi itu yang juga terilham kepada pengusaha makanan segera dari negara jiran Singapura apabila menghasilkan Burger Nasi Lemak. Walaupun tak masuk ke Malaysia tapi ia menjadi fenomena untuk satu masa sehinggakan ramai orang sanggup ke negara jiran itu bagi mencuba burger ini. 3) Mee Besen Mee besen ini adalah sebenarnya mee biasa sahaja cuma keunikannya ia dihidangkan dalam bekas yang lagi besar berbanding mangkuk iaitu besen. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan ia bagaikan tidak menghormati makanan kerana makan dalam besen tapi ia menjadi fenomena sehingga sekarang dan masih ramai pergi makan di restoran popular di Melaka ini. 4) Biskut Ulat Bulu Resipi biskut ini tular pada bulan puasa tahun ini kerana rupanya comel sama seperti ulat bulu sebenar. Ada yang dihasilkan dengan pelbagai warna dan juga pelbagai saiz. Ramai orang mengeluarkan resipi ini untuk dihasilkan di sosial media. 5) Milo Cube Sebenarnya makanan ini tidak pernah dihasilkan pun di Malaysia walaupun milo adalah satu produk yang popular di sini. Milo cube ini mula mendapat perhatian sehinggakan orang sanggup membeli dengan harga yang begitu mahal. Ia adalah rasa sama macam milo biasa tapi tidak perlu bancuh dan masuk sahaja dalam mulut. 6) Kerabu Kerang Resipi masakan ini adalah daripada negara Thai ia adalah menu lama tapi begitu popular tahun ini dan sangat menjadi perhatian ramai orang. Ramai yang buat resipi ini dengan pelbagai cara sendiri dan dah ada pelbagai konsep. 7) Ayam Goreng McD Ikutkan ayam goreng ini dah lama ada kat restoran fast food ini tapi kerana konsep iklan dan juga terjemah yang disampaikan sangat berkesan dan sehinggakan satu ketika ayam goreng ini kehabisan stock di kebanyakan restoran. Tapi bagi sesetengah orang pula ia biasa jer tidak seperti yang digambarkan. 8) Pakaian Nasi Lemak Ini tak golong dalam golongan makanan tapi ia tular juga kerana menggunakan konsep makanan tradisonal Malaysia sebagai pakaian untuk pertandingan Miss Universe. Busana Nasi Lemak ini mempamerkan makanan yang cukup popular ini kepada dunia tapi bukan rezeki kita untuk menang juga. Namun ia tetap tular sehingga diperkatakan di seluruh dunia tahniah. Ini adalah antara beberapa makanan yang disenaraikan antara popular tahun 2017. Tahun 2018 apa pula yang bakal tiba dan makanan bagaimana yang menjadi perhatian rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan dan sebelum berakhir tahun ini apa kata follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan. Selamat tahun baru semua. |
27
Bagus |
38
Marah |
17
Terkejut |
26
Sedih |
35
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT