Sekarang ni kalau tanya nak makan di mana, kebanyakan mesti terfikir nak pergi cuba restoran yang paling baru. Tapi pernah dengar tak tentang Rumah Makan Sri Muallim yang beroperasi di dalam rumah berusia lebih 100 tahun? Rumah Makan Sri Mualim terletak di Tanjung Malim, Perak dan ianya unik bukan sahaja disebabkan sejarah yang terkandung di dalamnya tetapi dari segi hidangan makanan ala tradisional yang ditawarkan. Rumah kampung yang diubah suai menjadi tempat makan ini dibina tanpa paku, dan menariknya pelanggan dapat merasai suasana kampung dengan makan bersila. Sebagaimana Rumah Makan Sri Mualim ini bertemakan Melayu tradisional, begitu juga dengan menu makanan yang dihidangkan. Pelanggan yang datang boleh menikmati masakan tradisional masyarakat tempatan zaman dahulu iaitu Nasi Tampi. Set nasi tampi ini mempunyai tiga pilihan lauk utama iaitu kari kepala ikan, kari kambing atau asam pedas kambing bersama ayam percik bersantan dan telur masin goreng. Set ini juga datang dengan Sambal Buruk, resipi asli turun-temurun. Akhir sekali, hidangan tradisional dan bersejarah ini berakhir dengan pencuci mulut iaitu kayu rebus atau pisang muda rebus bersama kelapa parut. Minuman yang dihidang pula adalah air serai yang penuh dengan khasiat dan kebaikan untuk kesihatan. Rumah Makan Sri Mualim Alamat: Simpang empat UPSI, Tanjung Malim, Perak Dengan pelbagai pilihan yang ada, memang terliur memikirkan tentangnya. Jadi tunggu apa lagi, datanglah ke Tanjung Malim untuk menikmati pengalaman makan hidangan Melayu tradisional! -CARI |
17
Bagus |
26
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
supernaturalee replied at 29-12-2017 05:13 PM
hagham xtau
pd hal org perak jgk ni
ipanimanz1 replied at 30-12-2017 12:37 AM
sedapnye
{:teatime
ADVERTISEMENT