Terkejut dengan namanya? Kacang bogel atau pun kacang telanjang sebenarnya kacang tanah yang dibuang kulit dan digoreng dengan rempah-rempah tertentu. Walaupun ianya hanya kacang tanah, jangan terkejut sebab ramai yang meminatinya.
Lebih-lebih lagi bila digoreng dengan rempah yang sedap. Sebab itu menjadi hot and spicy.
Jom cuba resepi kacang bogel yang mudah ini hasil perkongsian pengguna FB Amayah Bujang 1980. Bahan-bahan 1 Kilo kacang tanah yang tiada kulit 2 labu bawang putih 50 g buah keras 4 sudu kecil garam Serbuk perasa jika suka Cili padi Daun kari Ikan bilis Cara membuat: 1. Rendam kacang tadi di dalam air panas hingga kembang. 2. Tus kan kacang tadi biar habis airnya. 3. Tumbuk bawang putih tak payah hancur. 4. Tumbuk pula buah keras. 5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam kacang. 6. Masukkan garam dan serbuk perasa. 7. Biarkan sekejap supaya mesra. 8. Sediakan kuali untuk menggoreng, masuk minyak dan panaskan. 9. Pertama kita goreng dulu kemudian ketepi kan. 10. Goreng daun kari dan cili padi yg telah dipotong. 11. Seterusnya goreng kacang tadi dengan minyak yang terendam sehingga masak. Goreng kacang jaga apinya jangan terlalu kuat nanti hangus tak rangup dalamnya. 12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali. Selamat Mencuba..! - CARI |
9
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 4-1-2018 01:15 PM
sedap nmpk...xde org jual yg dh siap ke. aku xreti goreng kacang selalu hangit pahit lepang
cewekbopot: biasa terjadi..lepas dah rendam smpai kembang, agaknye risiko nak hangit pahit lepang tu dah bekurang kot..
pearl.silver replied at 4-1-2018 01:44 PM
Step no 9 tu goreng ape?
drivethru replied at 4-1-2018 04:19 PM
Hujung bulan ni nak borong kacang disco kat bali. Sedapnyer.......
de_ikea replied at 4-1-2018 01:08 PM
Nampak menarik. Tp menu deep fry ni mmg x de di rumah. So tukarvyg lain lah.
matchstick replied at 4-1-2018 01:15 PM
sedap nmpk...xde org jual yg dh siap ke. aku xreti goreng kacang selalu hangit pahit lepang
ADVERTISEMENT