Setiap manusia yang berpasangan pasti mempunyai impian untuk disatukan dengan cara yang sah. Ia perkara biasa, tidak kisahlah di mana-mana pun. Tapi yang pelik dan berbezanya di sini adalah adat dan tradisi perkahwinan itu sendiri. Dipetik dari Blogunik.com, ini antara tradisi luar biasa yang ingin dikongsikan kepada anda semua.
Apa tradisi yang aneh sangat tu? 1) Tidak boleh senyum Pengantin di Congo, tidak boleh tersenyum selama di atas pelamin. Upacara perkahwinan dianggap satu festival suci dan senyuman pula seperti mengejek kepada nilai agama dan tradisinya.
2) Mencaci maki Aik, kedua-dua mempelai mesti mencaci maki antara satu sama lain? Pelik, tapi di Afrika Selatan mereka mempercayai bahtera yang dibina semakin utuh dengan mengamalkan tradisi ini. Semakin banyak makian yang diterima, maka semakin kukuhlah rumah tangga tersebut. Macam-macam, kan? 3) Memijak tetamu Di Marquesas, Tahiti, apabila selesai sahaja majlis perkahwinan, setiap tetamu perlu merebahkan diri dalam keadaan beratur sehingga ke pintu keluar untuk dipijak pengantin sambil mengucapkan "Selamat Tinggal dan Terima kasih." Cuba bayangkan jika pengantin tersebut bersaiz besar, bagaimana agaknya ya? Sungguh luar biasa sekali adat ini. 4) Ibu pengantin perempuan harus menyaksikan sendiri malam pertama anaknya Ini sungguh luar biasa! Ia berlaku di Colombia di mana acara malam pertama pengantin itu harus dilihat sendiri ibu pengantin perempuan termasuk di saat mencium kening sehinggalah berhubungan intim. Anda pasti tertanya-tanya, apa sahaja tujuannya, kan? Ia adalah untuk memastikan bahawa anaknya dilayan dengan baik oleh suaminya setelah menikah. 5) Seks bersama lelaki lain sebelum bernikah Makin pelik tradisi kali ini! Di Tibet, setiap wanita yang ingin bernikah perlu menyiapkan diri dengan melakukan hubungan seks terlebih dahulu, ia bagi membuatkan dirinya benar-benar bersedia untuk bernikah. Paling menggerunkan, sekurang-kurangnya 10 pasangan diperlukan. Lebih ramai pasangan, lebih bagus. Luar biasa sekali, kan? Setiap negara mempunyai keunikan tradisi masing-masing. Dan yang pastinya, setiap tradisi itu pasti mempunyai sebab-sebab dan kepercayaan tersendiri. Untung saja negara kita tidak begitu. Kalau ada, mau berperang jadinya! - CARI |
7
Bagus |
17
Marah |
8
Terkejut |
6
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT