Bermacam-macam jenis sukan ada di seluruh dunia. Namun tahukah anda terdapat juga acara sukan yang pelik dan tidak disangka wujud dan diamalkan di sesetengah lokasi di dunia.
Mari kita lihat Top 10 sukan pelik dunia. 1. Dukung Isteri (Wife Carrying) Mula diperkenalkan di Finland pada 1992, acara ini kini turut diadakan di Australia, Amerika Syarikat, Amerika Utara dan India. Jangan terkejut acara ini juga dipertandingkan di peringkat Kejohanan Dunia setiap tahun. 2. Kejar Keju (Cheese Rolling) Agak pelik, namun acara ini diadakan setiap tahun sejak 1997 ketika musim bunga di Cooper's Hill, Gloucester England. Dari puncak bukit, keju bulat seberat 4 kg akan digolekkan ke bawah bukit dan peserta perlu mengejar keju tersebut. 3. Iron Extreme Shaw dikatakan menggosok selepas melakukan aktiviti extreme 'rock climbing'. Sukan ini gabungan mana-mana sukan extreme dan juga menggosok. 4. Hoki Unicycle Kedua-dua kaki pemain perlu sentiasa berada di atas roda dan terdapat lima pemain dalam satu pasukan. Sukan ini dimainkan hampir di 11 negara antaranya Australia, Jerman, Singapura, Kanada dan Perancis. 5. Catur Tinju (Chess Boxing) Peserta perlu menghadapi 11 pusingan, 6 pusingan catur dan 5 pusingan tinju. Kali pertama ia dipertandingkan di kejohanan dunia ialah pada tahun 2003 di Amsterdam. 6. Quidditch Sukan ini mula dipertandingkan pada tahun 2005 di Middlebury, Vermont. Pemain perlu menggunakan 'broom stick' seperti dalam filem Harry Potter dan memasukkan bola ke bulatan lawan masing-masing. 7. Lumba Bilik Air (Outhouse Racing) Memerlukan tiga peserta, seorang perlu duduk di dalam bilik kecil yang dihias seperti bilik air lengkap dengan mangkuk tandas dan tisu. Dua lagi peserta akan menolak hingga ke garisan penamat. 8. Hoki Dalam Air (Underwater Hockey) Juga dikenali sebagai Octopush, sukan ini banyak dimainkan di United Kingdom bermula pada tahun 1954. Kejohanan dunia yang pertama diadakan pada tahun 1980 di Kanada. Memerlukan 6 pemain dalam satu pasukan, ia menggunakan kayu kecil menolak bola ke dalam gol. 9. Terjun Perut (Belly Flopping) Sukan ini dikategorikan sebagai bahaya kerana peserta perlu menghempaskan badan ke dalam air pada ketinggian 10 meter. Mereka perlu memastikan badan serata yang mungkin sebelum terhempas dalam air. Sukan ini popular di Norway. 10. Perlumbaan Kuali (Wok Racing) Mula diperkenalkan di Jerman pada tahun 2003, kejohanan juga dipertandingkan di peringkat dunia. |
18
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT