Orang kata akaun media sosial adalah milik persendirian jadi tuan punya badan berhak untuk muatnaik apa sahaja. Instagram antaranya salah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa. Itu yang berlaku pada pasangan yang telah 20 tahun melayari bahtera berumahtangga, Zul (2 by 2) dan Isma (AF7). Mereka telah menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan mempunyai masalah rumahtangga setelah dilihat memuat naik status mengenai kekecewaan masing-masing.
Zul telah memuat naik status yang menunjukkan seolah-olah dia sedang mengalami kemurungan. Status dengan kapsyen ringkas itu telah dimuat naik pada November lalu. Manakala, baru-baru ini Isma juga turut menyatakan kekecewaan di laman Instagram miliknya. Isma dilihat sudah pasrah dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan kepadanya. Bagaimanapun sebaik ditebak soalan berkaitan perkara ini, dia hanya memberikan jawapan ringkas. "Tanya abang Zul, jangan tanya akak," jawab Isma kepada mStar Online pada Selasa lalu. Kemudian pada Ahad lalu, Isma sekali lagi memuatnaik status berbunyi kekecewaan. Mstar Online juga dikatakan cuba menghubungi Zul namun gagal kerana dia tidak memberi respon kepada panggilan tersebut. Berita kekeruhan rumah tangga Zul dan Isma sebelum ini pernah diperkatakan apabila timbul isu kononnya Zul berkahwin lain dan ia dinafikan oleh komposer tersebut. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11. - CARI |
4
Bagus |
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT