CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Buat Pandai Guna Google Translate - Zambry

3-1-2018 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12066| Komen: 114

Gara-gara mahu notis pemberitahuan kelihatan 'berkelas', perkhidmatan Google Translate digunakan dalam penulisan notis Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak hingga tular di laman sosial baru-baru ini.



Foto: Malay Mail

Susulan itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir menjawab punca kecuaian tersebut dalam satu sidang media pada Rabu, lapor Astro AWANI.

Berdasarkan laporan awal dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kesalahan itu dilakukan salah seorang kakitangan di pusat terbabit.

“Saya hubungi Datuk Bandar mengenai isu ini dan penjelasan awal mendapati kakitangan terbabit guna 'Google Translate' supaya mahu ia nampak 'international'.


“Jadikan ini pengajaran, mana-mana kakitangan sebelum mengeluarkan kenyataan atau apa-apa saja tulisan untuk tatapan awam perlu dimaklumkan kepada ketua masing-masing dulu.

“Jangan memandai dan buat pandai kerana masalah bahasa ini elok ditanya dulu, kalau tak pasti rujuk dahulu kerana ianya akan menjadi tatapan ramai serta melibatkan imej kita,” katanya.

Tambahnya, segala urusan rasmi kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seharusnya dilakukan dalam Bahasa Malaysia.

“Dah berulang kali saya sebutkan ini, segala memo atau sebagainya perlu dilakukan dalam bahasa Malaysia sekiranya mahu dalam Bahasa Inggeris, ia akan ditulis bersama-sama Bahasa Malaysia.

“Perkara ini memang nampak kecil tapi ianya merupakan imej kita, tunjuk bagaimana kita tidak serius dalam membuat kenyataan sekaligus mengundang tomahan-tomahan oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan,” tegasnya. - CARI
6

Bagus
4

Marah
6

Terkejut

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vokuro 3-1-2018 12:18 PM
bodoh sangat ke english ummah ibu pertiwi ini?
belajar english sejak tadika lagi kot???
pprt nya kau dek
Quote matamata 3-1-2018 12:19 PM
sampai cengitu sekali tarap english...tak pandai ok lagi blh ajar, tp kalau dah memandai ni susah lah
Quote prettyuglybabe 3-1-2018 12:21 PM
tulis yang simple je tak boleh ke?
kena ke tulis panjang-panjang hujung-hujung tak reti nak translate..
Quote bambimo 3-1-2018 12:30 PM
Oh my english
Quote ainothman 3-1-2018 12:33 PM
Kita ni dah kena ada basic english dah semua. kesian juga dekat anak2 bangsa kita siap ada degree sampai master, tapi apakan daya atas kertas je. interview dalam english semua terketar2.
Quote pooh~key 3-1-2018 12:34 PM
Patutnya kau tulis dear customer, please go fuck yourself jah dekkkk.... simple padat sebegitu, sister oiii.
Quote chinta89 3-1-2018 12:35 PM
pengajaran dan tauladan..

teruk kena baham ngn member2 lps ni.. nt pencen org buat tayangan video gamaknya..
Quote gaara_X 3-1-2018 12:37 PM
ermmmm....pegawai penyelia tak de wat seliaan ke pasai nie...ahaks!!
Quote modesty 3-1-2018 12:38 PM
Alah korg..klu disuruh buat ayat pnjg2 pun xreti gak kan..moral of the story rujukla pada yg pakar.. jgn nak memandai2
Quote Muntz 3-1-2018 12:40 PM
Kalau dah dicop tu confirm ketua opis tu pun ada tengok jugak. Takkan dia pun tak reti English kot? Ni bukan English sekolah lagi ni, ni mcm English tahap tadika jer.
Quote kasihantam 3-1-2018 12:40 PM
modesty replied at 3-1-2018 12:38 PM
Alah korg..klu disuruh buat ayat pnjg2 pun xreti gak kan..moral of the story rujukla pada yg pakar.. ...

masalhnya, manusia dah terlampau percaya google. apa saja yg digoogle, dorang anggap 100% betul.





Quote matamata 3-1-2018 12:40 PM
amik kau...MB terus call Datuk Bandar
Quote SWORKS27 3-1-2018 12:42 PM
malu oii..dah la pusat penerangan pelancongan..
ayat english mcm kat paso beso super kinta jer
Quote DayangKirana 3-1-2018 12:50 PM
mana-mana kakitangan sebelum mengeluarkan kenyataan atau apa-apa saja tulisan untuk tatapan awam perlu dimaklumkan kepada ketua masing-masing dulu


nak check dgn ketua? entah2 ketua pon fail english!
Quote JokesCop 3-1-2018 12:54 PM
Ni budak2 bbnu maintenance punya bahasa ni, sama tempat kerja aku, pening kepala kadang2 balas email. "for" "to" guna sesuka hati dalam ayat.

Claim ppsmi, tapi ayat mcm translate dalam bahasa tamil. Sampai xboleh nak translate dah.
Quote owenkatz 3-1-2018 12:57 PM
ada cop tu yg agak buat muskhil.

sessi mencari black sheep kah ini?
Quote ffbeauties 3-1-2018 01:01 PM
Lawak jugak orang gomen ni.

Pernah jumpa bahasa melayu pon tunggang terbalik.. tak tau la macam mana bleh kerja kerani.. taip taip

Asal boleh
Quote che-cikL 3-1-2018 01:06 PM
Bila baca balik notis tu, tetap tak boleh teka sepenuhnya yg versi BMnya
Quote dubuk 3-1-2018 01:14 PM
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.101058 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top