Semalam merupakan hari pertama persekolahan dan pasti ramai ibu bapa teruja menemani anak mereka yang baru sahaja melangkah ke tahun satu kerana ia merupakan titik bersejarah menandakan anak tersebut semakin membesarkan.
Tidak menjadi kesalahan jika ibu bapa menemani anak-anak di hari pertama persekolahan kerana ia dapat memberi motivasi kepada anak-anak yang masih tidak biasa dengan persekitaran baru di sekolah. Namun begitu, seorang guru lelaki iaitu Mohd Fadli Salleh menyuarakan ketidakpuasan hati dengan situasi di mana ibu bapa memenuhi ruang kantin hingga murid lain sukar mencari tempat duduk. Menurut Cikgu Fadli, dia berasa sangat marah kerana pada tujuh tahun lalu, seorang anak yatim yang tidak ditemani sesiapa datang ke sekolah dan tidak dapat makan apabila waktu rehat kerana tiada tempat duduk yang kosong.
Cikgu Fadli melihat murid tersebut berdiri di tiang kantin apabila melihat tempat duduk yang sepatutnya diduduki murid telah dipenuhi ibu bapa yang menemani anak-anak mereka. Padanya, situasi tersebut adalah tidak adil kerana kemudahan kantin disediakan untuk murid berehat dan makan. Ujarnya lagi, murid tersebut berdiri sehinggalah waktu rehat tamat tanpa sempat memakan makanan yang telah dibelinya. "Dan dihari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil sendirian. Berdiri diam di tepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk di tempat dia sambil menyuap anak mereka makan. "Masa rehat tamat. Murid itu kelaparan, namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh baru aku perasan," tulisnya. Baginya tidak salah ibu bapa menemani anak-anak mereka di sekolah tetapi perlu juga prihatin dengan keadaan murid lain yang hendak makan ketika waktu rehat supaya tidak lewat masuk ke kelas. Sehingga kini pada setiap kali taklimat bersama ibu bapa, Cikgu Fadli pasti akan memberi peringatan "Jangan sesekali duduk di kerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah". Perkongsian Cikgu Fadli itu mendapat pelbagai respon positif daripada ibu bapa yang anak-anak mereka mengalami keadaan sama. Sekurang-kurangnya apa yang dikongsikan cikgu Fadli ini menjadi peringatan kepada ibu bapa yang masih tidak 'melepaskan' anak mereka berdikari di sekolah. |
33
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
4
Sedih |
14
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manjalara_01: nak marah2 sgt pun x guna rasanye sbb masih xde jalan penyelesaian..& same problem going to happen..kena take action and make a difference..1) maybe ...
ADVERTISEMENT