Isu naik berat badan memang satu masalah besar bagi sesetengah orang. Ini fakta menakutkan bagi mereka yang menjaga badan di luar sana.
Malah, boleh jadi gaduh atau terasa hati sekiranya ditegur naik berkilo-kilo. Mana taknya, puas berdiet tapi ada sahaja rakan menegur "Eh, makin montel kau sekarang!" Ini menyebabkan kita menjadi stres hingga menyebabkan nafsu makan meningkat. Baru-baru ini, sebuah kajian mendapati jenis pekerjaan juga mempengaruhi berat badan. Ini kerana ketika di bandar, rakan sekerja biasanya membawa makanan.
Rakan-rakan akan berkongsi makanan dengan kita terutama ketika tahu kita masih belum menjamah makanan selepas seharian bekerja. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak. Situasi ini antara punca menjadikan kita akan berkongsi makanan dan menyebabkan berat badan meningkat. Mana taknya, makin bertambah selera jika makan sambil berborak dengan teman. Menurut kajian CV-Library pula, hampir sepertiga pekerja berbangsa Inggeris menyatakan, banyak aspek boleh menyebabkan bertambahnya berat badan. 1,200 pekerja mengakui bebanan kerja punca berat badan meningkat dan 75 peratus daripada jumlah itu mengakui faktor tidak bahagia juga menjadi penyebabnya. Faktor hubungan dan bebanan kerja yang bertambah saban hari memang satu masalah besar untuk kita mudah merasa lapar, lebih-lebih lagi waktu petang. Apabila badan menjadi letih, mulalah terasa nak mengunyah sesuatu seperti pisang goreng, kekacang mahupun kerepek. Lee Biggins, Ketua Pengarah CV-Library menjelaskan kesulitan menyeimbangkan antara gaya hidup sihat dan tuntutan karier menjadi punca berlakunya kenaikan berat badan. "Ditempat kerja, kita akan sibuk dengan pelbagai urusan hingga tidak menjaga pemakananan seimbang. Keadaan itu menyukarkan kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat. "Berat badan meningkat adalah perkara biasa, namun apa yang membimbangkan adalah apabila berada di tempat kerja terutama yang menuntut kita duduk di meja seharian. "Oleh itu, perlu bagi setiap pekerja melakukan riadah dan senaman sama ada di gimnasium ataupun di taman," katanya. Lee Biggins menyarankan pekerja seeloknya berjalan kaki ke tempat kerja. Lebih baik jika memarkir kenderaan jauh daripada bangunan atau tempat dituju. Selain itu, berbasikal juga boleh memberi kecergasan dan salah satu cara yang bagus untuk datang ke tempat kerja. Petua yang baik, sebaik pulang dari kerja, segera bersihkan diri dengan mandi air sejuk. Dan kalau mudah rasa lapar, minum air kosong. Lebih sihat dan tiada kalori. Semoga info ini bermanfaat buat kita semua, ya! - CARI |
2
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT