CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Murahnya Ole-Ole Di Turki. Rasa Nak Borong Semua! 8 Barang Wajib Beli

4-1-2018 12:26 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 49035| Komen: 45|Original author: Oleh: Azza Rai



Istanbul memang jadi tumpuan ramai pelancong Malaysia yang tak putus-putus ke sana bagi melihat seni binaan Islam dan pemandangan yang maha indah.

Lagilah sejak meletup filem Manisnya Cinta di Cappadocia, ramai yang berangan untuk menaiki belon panas dalam suasana romantik.

Tapi bagaimana pula dengan ole-ole yang harus di bawa pulang? Netizen, Ibrahim Ismail berkongsi tip membeli dengan tumpuan lebih kepada Spice Bazaar.

1)    Tukaran mata wang
Bagi memudahkan ‘shopping’, anggap saja 1 TL (Turkish Lira) bersamaan RM 1. Yang sebenarnya jumlah Turkish Lira lebih 20-30 sen, tetapi anggaplah yang lebih itu sebagai sokongan kita kepada ekonomi umat Islam.

Nak jimat? Bawa USD dan tukarkan di ATM di Turki. Sebagai contoh 1000TL = RM 1200 di ‘money changer’ Malaysia, tetapi ATM Turki akan menjadikannya RM 1085 (Disember 2017). Jangan lupa aktifkan pengeluaran antarabangsa bank ya.


2)    Baju sejuk / boot
Harganya boleh tahan antara 20-200 TL. Baju sejuk pula lawa-lawa seperti ‘winter coat’ ringan dengan dihiasi bulu ‘ostrich’ yang di Malaysia harganya RM400 tapi di sini pula 200TL sahaja.


3)    Karpet
Kalau karpet terpakai harganya antara 25-100 TL. Tapi yang baharu pun tidaklah mahal mana. Ada yang beli karpet nipis untuk  dibuat sejadah atau lapik meja dengan harga 10 TL sahaja.


4) Kopi
Singgahlah minum di deretan kedai sini. Antara yang ramai pelanggan ialah kedai Karukahveci Mehmet Efendi Mahdumlari. Harganya 10TL untuk saiz satu tapak tangan.



5) Turkish Delight / Baklava
Boleh beli timbang atau siap kotak. Harganya juga murah antara 10TL - 80TL bagi setiap kg. Cuma perlu berhati-hati lah bila beli kotak, sebab ada kes manisan berulat bila sampai ke Malaysia.

Jadi, beli lah di tempat yang berbeza. Rasanya memang manis seperti bergelen-gelen gula tumpah (walaupun mereka kata madu).

Murahnya ole-ole di Turki. Rasa nak borong semua! 8 barang wajib beli
6) Kekacang dan buah kering
Sangat wajib dibeli sebab murah. Dengan badam, kacang pistachio, gajus dan lain-lain, harganya hanyalah 20 - 55 TL bagi setiap kg. Murah kan? Hai, beratlah beg untuk dibawa pulang nanti.



7) Cenderamata /'key chain'
Ada yang bernasib baik beli 10 ‘coin pouches’ percuma satu ‘cp’. Selain itu, ada yang beli lima ‘key chain’ dapat percuma satu. Harganya pula 1TL saja yang kalau kat Malaysia, macam dah jarang jumpa harga begitu.

Ole-ole popular di Turki ialah mata biru hitam (Evil Eye/Nazar Boncugu). Ia adalah kepercayaan mereka atau tangkal untuk menyelamatkan diri dari mata-mata yang penuh kedengkian terhadap kejayaan dan kecantikan anda. Boleh beli tetapi jangan percaya, nanti syirik.


8)    Lampu warna warni
 Suka dekor rumah? Ini untuk anda, lampu warna-warni yang harga antara 15-95 TL. Jadi, bolehlah beli kemudian letak di ruang tamu ataupun porch. Barulah nampak Turki.


9)    Bagasi
Orang perempuan sukalah bab menambah beg. Maklumlah lepas shopping sakan, tiba-tiba beg beranak. Dengan beg kain (sederhana) siap dengan empat roda dan kunci zip, harganya cuma 45TL saja. Beg paling besar pun harganya 75TL saja.

Orang Turki memang boleh berkompromi, cuba sahaja tawar menawar dan mereka akan memberi harga mampu milik.

Jadi bagaimana? Dah siap untuk pecahkan tabung bagi kunjungan ke Turki? - CARI 


Kredit : FB : Ibrahim Ismail


37

Bagus
12

Marah
28

Terkejut
24

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 4-1-2018 12:59 PM
Suka turkish delight perisa delima..asam2 manis..lagi coklat  turki & biskut yg dalam inti coklat (tutku) pun best kalau beli sebagai ole2..murah..sedap pulak tu..
Quote de_ikea 4-1-2018 01:03 PM
Souvenir common kat turki. Beg kecik /pouch yg corak mcm karpet dan ada tulis turkiye atau Istanbul bursa dll. Murah dan ringan nk bawak balik bg org.
Quote moonbug 4-1-2018 01:04 PM
Istanbul dalam wishlist. Bila nak sampai ni
Quote umbut 4-1-2018 01:08 PM
Best boleh tawar menawar.. kat korea dilarang bargain.. mau ditenung kita kalau mintak tawar.. haha
Quote meisapoya 4-1-2018 01:26 PM
Best nye baklava
Quote dubuk 4-1-2018 02:51 PM
berapa ringgit tambang pergi turki ni
Quote yangsemb 4-1-2018 02:56 PM
Istanbul...tunggu aku datang {:thief
Quote Siputjelly 4-1-2018 03:22 PM
sedapnya baklava. rindu pula nak pergi istanbul lagi
Quote melinda_kerr 4-1-2018 03:43 PM
setiap kali visit turkey i suka jln sorang2 dan i won’t miss pegi kedai barangan antik kt sana. i suka beli lukisan2 lama. best pulak kalau teringat.
Quote aleesyasofia 4-1-2018 04:02 PM
smentelah tak dapat join pergi turki last year.. harus iolss plan smula utk prgi turki jgk..
Quote bonita 4-1-2018 05:02 PM
Turkey mmg best, cantik & great for shopping.

Untung skrg pegi sbb Lira dh turun. Masa sy g thn 2014, 1TL = RM2.  Mac thn lps sy g mmg terasa sgt murah sbb Lira dh turun masa tu.

Pakej pun dulu over RM5K.. now bwh RM4K boleh dpt..
Quote syue86 4-1-2018 05:15 PM
umbut replied at 4-1-2018 01:08 PM
Best boleh tawar menawar.. kat korea dilarang bargain.. mau ditenung kita kalau mintak tawar.. haha

boleh je mtk tawar..nak2 klu pekedai lelaki..pggil oppa trus dpt diskaun
Quote adeqqq 4-1-2018 08:07 PM
Lampu warna warnintu 8lira dh bleh dpt tu...
Quote drivethru 4-1-2018 08:36 PM
Ape maksud dia bawak usd tukar kat atm?

Aku guna cc maybank lagi untung. 1TL = RM1.10

Aku ade beli coklat bulat2. Bila makan, isi dalam tu akan meletop letop dlm mulut.

Winter coat n jaket kulit mmg murah. Aku beli 50TL jual RM100 kat member. Menyesal tak beli banyak.
Quote nolya 5-1-2018 01:06 AM
Posting anda membuat saya rasa cemburu.  Bilalah saya boleh ke sana.  Kalau package tour di bawah 4K,  mampu jugalah rasanya.  Tetapi berapa hari.  Lain2 offer ape dia?
Quote pinkpunk 5-1-2018 08:51 AM
wahhhh. mcm syok je..
Quote bonita 5-1-2018 11:33 AM
nolya replied at 5-1-2018 01:06 AM
Posting anda membuat saya rasa cemburu.  Bilalah saya boleh ke sana.  Kalau package tour di bawah 4K ...

Package terpulang pd travel agent. Biasanya 10h7 mlm dan fullboard.
Dulu sy ambik Poto. Ke Istanbul - Bursa - Pamukkale - Konya - Cappadocia - Ankara - Bolu. Ada agent yg bwk ke tmpt lain jgk.

Inshaallah next time nak g sendiri ke Istanbul dan Bursa je. Sbb g dgn pakej ni tk byk masa nk explore lama2.  

Quote aqissa 6-1-2018 03:08 PM
Baklava please..... walaupon rasa macam kena kerat kaki {:hooray
Quote rainbowrainz 7-1-2018 10:52 PM
InsyaAllah x ade ape2 aral lps raya ni g..InsyaAllah..x sabar nye

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.114408 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top