Zaman sekarang, menindik telinga bukan perkara asing lagi. Ramai di kalangan lelaki mahupun wanita melakukannya bagi tujuan kecantikan. Bagaimanapun, menurut Thesun.co, terdapat dakwaan mengatakan menindik telinga merupakan salah satu kaedah perubatan. Sukar dipercayai, bukan? Penyembuh migrain Tindikan 'Daith piercing' didakwa dapat merawat migrain atau sakit kepala yang berdenyut-denyut. Daith piercing merupakan kaedah menindik telinga di bahagian tulang rawan iaitu bahagian dalam telinga itu sendiri. Pasti amat menyakitkan! Tambahan pula, ia menggunakan teknik tersendiri yang berbeza dan memerlukan jarum melengkung khas untuk menindik telinga. Bayangkan, selepas menindik telinga, ia memerlukan sekitar tiga hingga enam bulan untuk proses pemulihan. Satu tempoh yang agak lama juga tu. Beberapa orang mendakwa, dengan menindik telinga, ia dapat membantu menghilangkan migrain. Ini kerana, berkemungkinan kawasan yang ditindik itu ialah titik akupuntur. Seperti yang kita tahu, di China, rawatan yang melibatkan titik akupuntur sudah terkenal dengan keberkesanannya. Jadi, berkemungkinan menindik telinga mempunyai kesan sama dengan rawatan akupuntur. Namun, hingga kini masih tiada teori kukuh untuk membuktikan kesahihannya walaupun penderita migrain berpendapat bahawa dengan menindik telinga, ia dapat melegakan migrain. Sementara itu, doktor dari Klinik Cleveland mempertikaikan dakwaan Daith piercing yang mampu menghilangkan migrain. "Tiada penyelidikan perubatan yang menyokong teori ini. "Mungkin kesakitan mereka berkurangan kerana menumpukan pada rasa sakit akibat ditindik. Ia kesan psikologi memanipulasi minda mengalihkan rasa sakit migrain kepada rasa sakit menindik itu sendiri," katanya. Macam-macam, kan? Lain orang lain pendapatnya. Yang pasti, banyak lagi kaedah rawatan yang diiktiraf bagi mengubati migrain di luar sana. Jadi, jangan memandai-mandai mencuba cara sebegini pula ya! - CARI |
10
Bagus |
8
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT