Hati ibu mana tak sedih apabila anak tersayang diejek depan mata. Bukan dibuli rakan, sebaliknya guru mengajar yang berkelakuan sinis apabila gagal menjawab pertanyaan berhubung nama bapa. Berikutan itu, seorang ibu baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya menerusi Facebook (FB) Kisah Rumah Tangga. Difahamkan, itu kali pertama anaknya bersekolah di sekolah agama dan sebelum ini tidak pula timbul sebarang isu.
Siapa Abdullah? Sakit hati, hanya tuhan yang tahu. Kenapa guru itu mentertawakan anak muridnya apabila gagal menjawab soalan yang mungkin agak sensitif bagi segelintir pihak. Adakah ini balasan dosa silam?
Wanita berkenaan terlalu sedih apabila anak diperlakukan sedemikian rupa hingga membuat dia tertanya-tanya, adakah itu balasan di atas dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini. Nak pindah sekolah Posting itu mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati selain mempersoalkan motif perlakuan guru terbabit terhadap anak wanita berkenaan. Dalam masa sama, seorang guru tampil memberikan pandangan berbeza. Menurutnya, wanita berkenaan sepatutnya bersemuka dan meminta penjelasan guru terbabit, bukan hanya bermain prasangka hingga membabitkan masa silam. Mungkin cikgu nak beramah mesra Sebaiknya kita bersangka baik dengan segala yang berlaku. Namun, jika hati tidak boleh bersangka baik, sebaiknya bersemukalah dan dapatkan penjelasan. Ini kerana minda kita lebih mudah bermain prasangka dengan apa yang ada di hadapan mata tanpa mengetahui apa yang tersirat di sebaliknya. - CARI |
5
Bagus |
4
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ferr_Remy replied at 4-1-2018 06:18 PM
Ustazah aku dlu plak kaki tdo, panas baran. Hobi die, ckp GOBLOK kat student kalau die marah. Mentan ...
abangadek: pengajaran kt org lain jauhkanlah zina.. sbb 7 keturunan pun org xkan lupa
ADVERTISEMENT