Dugaan dalam fasa pertunangan, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui sering tidak ‘sebulu’ dengan tunangnya, Shakilla Khoriri mengenai persiapan perkahwinan mereka. Oleh kerana ego masing-masing, pasangan itu pernah tidak bertegur selama dua minggu. "Perkara pertama yang membuatkan kami bergaduh adalah fasal kahwin. Sampaikan dia cakap saya tak ambil kisah bab tu. "Kita ini pula lelaki, mana la tahu sangat. Kalau gaduh tu, masing-masing diam saja. Ada waktu ketika itu, kami bergaduh dua minggu tak bertegur.
"Mungkin sebab jarang dapat jumpa untuk berbincang. Tak tahu siapa nak mula dulu minta maaf. Dua-dua pula memang ada sikap ego yang tinggi," kata Fizi dipetik daripada mStar Online. Oleh kerana gagal mendapat kata sepakat dan kesibukan kerja, menurut Fizi lagi mereka terpaksa menundakan tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 31 Disember lalu kepada 18 Februari depan. Bagaimanapun, Fizi masih belum berkesempatan melakukan persiapan lain selain daripada menyediakan dokumen pernikahan. “Majlis akan berlangsung pada 18 Februari depan. Tapi kad kahwin pun belum buat lagi. Segala persiapan pun tak ada lagi. "Yang ada cuma sekadar cop dokumen nikah sahaja. Masing-masing tak ada cuti. Sekarang ini pun, kami cari barang hantaran untuk diri sendiri je dulu," ujarnya ketika ditemubual wartawan mStar Online di majlis pelancaran album terbaru Ir Radzi, Sempurna di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu. Namun di sebalik kekalutan itu, Fizi bersyukur kerana mendapat tajaan berupa dewan, busana dan pelamin untuk majlis mereka nanti. "Alhamdulillah, kami ada terima beberapa tajaan iaitu dewan, busana pengantin dan pelamin untuk majlis tersebut. "Insya-Allah majlis itu akan diadakan di Dewan Mara Junction, Kuala Lumpur," katanya. Penyampai segmen Suria Pagi dan Shakilla bertunang pada 16 Julai tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun. - CARI |
sharlenetexas replied at 5-1-2018 11:18 AM
Suka tgk shakilla ni berlakon tak kiralah watak serius atau komedi. Dia ni bambam yg comel. Nampak s ...
idakamaruddin replied at 5-1-2018 11:09 AM
mcm kunyit je kawen sbb nk coverina sajooo
awexgaban7 replied at 5-1-2018 12:57 PM
Meolz pon mcm pelik busy naw sampsi tunda tarikh kawen... sejenis slumber.com apakahh... bamtah & ka ...
ADVERTISEMENT