Gara-gara kegagalan ibunya menjelaskan bil sewaktu bersalin di hospital swasta enam tahun lalu, anak perempuannya pula menjadi mangsa apabila tidak memiliki sijil kelahiran.
Nur Qistina Qalisyah Abdullah,6 kini dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya, Allahyarhamah Fauziah Zainal Abidin meninggal dunia 1 Julai tahun lalu, manakala bapanya pula gagal dikesan. Sinar Harian melaporkan, neneknya, Fabilah Daud, 54, yang tinggal di Rumah Pangsa Al-Ihsan, Majlis Agama Islam Melaka, Tengkera berkata, "Masa dia (arwah anak) sakit di hospital, baharulah dia memberitahu saya bahawa anaknya itu masih tidak mempunyai sijil kelahiran lantaran terus mengusahakannya sebaik ibunya meninggal dunia.
"Sebab saya fikir nanti dia akan berdepan kesukaran untuk bersekolah, saya memang nak dia ke sekolah, saya tidak mahu dia teraba-raba, saya sayangkan semua cucu-cucu saya, walaupun emak dia sudah tiada lagi. Fabilah bekerja sebagai pencuci masjid dan menjual buah-buahan potong untuk menyara keluarga. "Saya tinggal di sini seramai sembilan orang, termasuk suami, tiga anak serta empat orang cucu. "Saya hanya bergantung pendapatan sebagai tukang bersih masjid di Limbongan, tapi sekarang dah dua minggu tidak bekerja sebab tidak sihat. Ada masa saya jual buah potong, naik motosikal sebab nak cari duit belanja," tambahnya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata, "Dari segi teknikal dan sudut perundangan kita sudahpun melihat segala keperluan untuk pendaftaran lewat sijil kelahiran kanak-kanak ini. "Kami dapati segalanya mencukupi, justeru, tiada masalah pada pihak JPN, apatah lagi dengan bantuan Pembela BN dan MyPPP yang mengkoordinasi masalah rakyat ini. Saya percaya ia akan dapat diselesaikan segera."-CARI
|
13
Bagus |
20
Marah |
33
Terkejut |
31
Sedih |
25
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
leylapple replied at 5-1-2018 09:14 AM
org beranak kat rumah pun blh ada sijil lahir sebab daftarkan kelahiran...
isunya bukan sebab ber ...
manehnya replied at 5-1-2018 09:34 AM
mungkin x cukup dokumen spt buku merah/ surat nikah etc..
pearl.silver replied at 5-1-2018 08:44 AM
Yg gi beranak kt spital swasta tu nape..
ADVERTISEMENT