CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pelat Sebut Huruf R, Sebab Lidah Pendek Ke?

12-1-2018 12:38 PM| Diterbitkan: Cari-Hana| Dilihat: 22489| Komen: 29|Original author: Oleh: Hana Yaacob

Masalah sebutan huruf R, S dan F memang nampak remeh. Namun, cuba bayangkan kalau pasangan anda berwajah cantik, sekali bercakap keluar sebutan R, S dan F sampai menyembur air liur. Tak ke haru? Tapi, kalau dah nama pun sayang, semua nampak cantik di mata, kan?



Foto: FluentU

Jangan buat main perkara seperti ini sebab bukan si dia saja mengalami masalah sama. Ramai lagi di atas muka bumi ini yang senasib. Ahli keluarga sendiri pun mungkin menghadapi kesukaran ini.

Kalau yang tak kuat semangat tu, pasti malu jika menjadi bahan ejekan orang sekeliling. Eh, streslah begini!

 

Foto: understood.org

Umumnya, untuk membaca ayat al-Quran seperti sebutan R atau Rho dalam tajwid, jika disalah sebut akan memberi maksud yang berbeza. Memang ustaz dan ustazah akan tegur salah sebutan. Memang 'masalah' ini bukan perkara main-main.
 

Kenapa susah nak sebut? Lidah pendek?


Foto: verywell.com

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.  


Foto: tonguetie.net

Misalnya, anda menyebut huruf 'R', tapi tidak jelas sehingga terdengar seperti huruf 'l' atau pengucapan huruf 's' yang menjadi 'th'. Perkara ini memang normal bagi kanak-kanak sebab ia bermula dengan sebutan pelat, tapi kalau dah dewasa boleh jadi tekanan.

Menurut National Geographic Indonesia, ia adalah disebabkan koordinasi bibir dan lidah kurang matang. Kemampuan mengucapkan kata-kata secara sempurna sangat bergantung pada kematangan sistem saraf otak terutama bahagian sensor motorik otot-otot lidah. 


Umur 6 tahun dan kena latih?


Foto: YouTube

Sebutan R memerlukan lidah untuk bergetar. Udara diperlukan untuk menggetarkan hujung lidah dan pita suara dibunyikan. 
Menurut kajian berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, biasanya mereka boleh menyebut huruf R, S dan F dengan jelas pada usia antara 6 hingga 8 tahun. Kalau tidak mahu anak anda pelat hingga dewasa, latih dari awal. 


Bagaimana nak betulkan?

Bagi yang sudah dewasa, anda boleh jalani terapi pertuturan (speech theraphy) dengan syarat, memang tiada kelainan atau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan jadi seperti ini. Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. 

Atau, anda boleh dapatkan nasihat pakar terapi pertuturan.

Lagi elok, rajin-rajin buat senaman mulut dengan mencari ayat pembelit lidah (tongue-twister) seperti: 
- Rambut Ramlah Ram lurus (sebut berkali-kali)
- Lori lalu lalang layu
- Cuka kicap, cuka kicap, cuka kicap
- Red lorry, yellow lorry

Jangan jadikan masalah ini satu kekurangan dalam diri. Pelat itu bukan cacat, ya. - CARI

75

Bagus
22

Marah
24

Terkejut
33

Sedih
23

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (195 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 12-1-2018 12:51 PM
i ada problem dengan huruf r..
sebut huruf je ok, tapi jadi perkataan macam hmmm..
tapi tak la teruk sampai pasghah menyeghah ghamli ghibut
Quote kiambang 12-1-2018 01:08 PM
I salah seorang yang tak pandai sebut r . Masa kecil dulu rendah diri jgk .. selalu kena ejek .. bila dah dewasa i dont mind dah lali dah ..
Quote ninjago 12-1-2018 01:14 PM
my 4 year old daughter pun pelat r! good article, nanti leh try ngan si kenit tu
Quote shernazz 12-1-2018 01:16 PM
Iols dpt sebut huruf r neh dari dlm mimpi
Dlm mimpi tu iols ckp r banyak kali
Bangun tido trus bleh ckp r
Bangga gila
Quote nurul_akmar 12-1-2018 01:23 PM
aku n 2 adik aku pon xleh sebut R... jadi keras sgt R tu.. mcm lisa tu.. hari2 aku berlatih sebut R dengan perkataan "throw".. , tetibe aku leh sebut R.. hua hua hua.. very sudden.. tp berlatih tu lama gak la.. dekat setahun.. pastu aku paksa adik2 aku berlatih hari2.. smpai leh sebut huruf R..   
Quote matchstick 12-1-2018 01:52 PM
aku dh masuk zaman bekerja baru boleh sebut huruf r dgn betul. mula2 kerja dulu malu betul lagi2 bila call org nk introduce nama yg ada 2 kali sebutan r. sebut 2-3 kali baru org boleh tangkap nama aku. masa tu rasa nk tukar nama jadi jamilah ke fatimah ke..senang xde sebutan r

sbb desperate sgt aku berlatih betul2 sebut r. siap doa lagi. lama2 dapat lah sebut dgn betul. xjadi tukar nama
Quote makita 12-1-2018 02:24 PM
Anak meols kalau ckp already =alghedy
Nasib bukan jenis rrrrr tu. Kang mcik bawang kata berlagak mak dia ajar ank terlajak rrrrrr.
Quote ~boolean 12-1-2018 02:36 PM
Sampai sekarang aku tak boleh sebut red lorry yellow lorry.

Tapi sebutan r ok saja
Quote penhitammm 12-1-2018 02:37 PM
err....kiranya orang perancis tu lidah diorang satu kilang ke nok?? sebab semua pun se-pesen je sebutan R nye...
Quote Artemesiaa 12-1-2018 03:02 PM
Kalau susah nak sebut kena ler gi sesi theraphy pertuturan dengan yang pakar atau kena sebut perkataan tu berulang2 kali lama2 akan jadi betul juga sebutannya nanti
Quote Minami2013 12-1-2018 03:05 PM
Masa pakai braces sebutan rrrrr mmg bunyi mengada
Quote mieymiey 12-1-2018 03:19 PM
Macamana korang berlatih? Memang betul-betul menjadi ker?
Quote botol_tritan 12-1-2018 03:37 PM
I ada kawan sekolah dulu yg x boleh sebut 'r' langsung. time semayang asar (sebelum balik sekolah agama), bdk lelaki akan gilir2 jadi imam. tapi time turn dia, ustazah ckp x payah jadi, sbb bila baca fatihah, part 'Arrahmaannirrahim', dia baca as 'aggahmanigahim'. sedih dia time tu.
Quote RatuDunia94 12-1-2018 07:19 PM
penhitammm replied at 12-1-2018 02:37 PM
err....kiranya orang perancis tu lidah diorang satu kilang ke nok?? sebab semua pun se-pesen je sebu ...

Org french mmg dah tajwid R dia sebegitu..
Quote aurorae 13-1-2018 03:45 AM
Anak2 aku pun ada masalah sebutan r pelat ni.   Letak kat baby sitter, bila time dah pandai bercakap semua sebut r jadi pelat.   Orang jadi ogghang.    Masa tu aku sibuk bekerja, mula2 tu aku tak notice   sebab masa baby memang la banyak sebutan masih pelat lagi.  Bila sedar tu dah terlambat, pekat betul sebutan aggh diaorang.  Abang dan kakak yang tak duduk situ, ok je sebutan r.

Satu hari masa kat rumah baby sitter, aku terdengar anak lelakinya yang lebih tua dari anak2 aku bercakap, sebiji macam cara anak2 aku bercakap.   Baru aku sedar anak2 aku pick up  bahasa dari situ,  masa berjaga dan bermain mereka lebih banyak di rumah tu dan bersama family  baby sitter tu dari bersama aku.

Maknanya, sebutan r pelat  itu melalui ikutan, bukan semulajadi.   Jadi mulai hari itu aku latih 3 anak2 aku sebut r dengan betul.  Ada yang cepat, dalam masa  sebulan dah betul, ada yang agak lambat  dekat setahun baru. betul sebutannya,.
Quote alesandra 13-1-2018 03:08 PM
aku stress dgn org yg pelat sebut r dan z.bukan nak hencap..ejek  ke hapa.cuma aku stress je..kbai
Quote noell 13-1-2018 04:19 PM
botol_tritan replied at 12-1-2018 03:37 PM
I ada kawan sekolah dulu yg x boleh sebut 'r' langsung. time semayang asar (sebelum balik sekolah ag ...

mcmana ustazah tuh bole dengaq?kan solat asar tak baca kuat??ka ustazah tuh dok sebelah dia masa solat??

aku dulu ada kawan cina mmg takleh sebut r dgn z...dia punya r bunyi mcm kena tikam bontot bunyi kuat gila rrrrrrr mcm kucem dok purring kt telinga ...z dia sebut jed kesian boss mat salleh aku dok pikiaq apa jadah dia dok sebot sampai la neh tak ilang dah tua bangka dah kesian aku nak suruh dia apply kad oku jah



Quote missDollie 13-1-2018 06:19 PM
Hahaha..comel la korang pelat..
Quote botol_tritan 13-1-2018 07:40 PM
noell replied at 13-1-2018 04:19 PM
mcmana ustazah tuh bole dengaq?kan solat asar tak baca kuat??ka ustazah tuh dok sebelah dia masa s ...

Dia x sempat jadi imam lagi dah kena pangkah siap2. Kat sekolah agama kitorg, semua murid Akan ada test baca surah2 lazim dlm kelas. So mmg kitorg pun tau. Belum lagi amali solat dpn ustazah. kesian kat dia, semangat nak jadi, tapi x dpt.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049176 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top