Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di Kasur, Pakistan akhirnya terbongkar apabila mayatnya ditemui dalam timbunan sampah.
Sadisnya, terdapat tanda-tanda dirinya menjadi mangsa rogol dan dicekik hingga mati sebelum dihumbam dalam sampah. Memetik laporan Astro Awani, Zainab Ansari yang berusia 7 tahun hilang semasa dalam perjalanan mengaji Al-Quran. Mayatnya ditemui lebih kurang dua kilometer dari jarak rumahnya. Bukan pertama kali kejadian sebegitu dilaporkan dan pihak polis Kasur telah mengesahkan ada 12 kes pembunuhan hampir serupa direkodkan dalam tempoh dua tahun.
Lima daripadanya disyaki dilakukan oleh suspek yang sama namun masih gagal ditahan sehingga kini selain 90 orang suspek lain telah diambil sampel DNA nya. Kematian Zainab telah mencetuskan bantahan penduduk setempat kerana kecewa dengan pihak berkuasa yang gagal menangani kes sebegini. Keluarga mangsa juga menyalahkan pihak polis yang lambat betindak selepas laporan kehilangannya dibuat. Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore. Dalam kes ini, usaha menjejaki pergerakan terakhir Zainab melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) adalah hasil dari usaha sanak saudara adan bukannya polis. Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat memimpin tangan Zainab meunuju ke satu tempat yang tidak diketahui. -CARI
|
4
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
balakkampung replied at 12-1-2018 08:22 AM
satu yg aku nak cakap...perogol tu lebih BABI dari BABI!!!!!!
sarahmirza replied at 12-1-2018 01:24 PM
KEsian babi ..
ADVERTISEMENT