CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sah Positif Ganja, Sofi Jikan Harap Tiada Tekanan Pada Farid Kamil

12-1-2018 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 33248| Komen: 223|Original author: Oleh: Suzy

Gempar seluruh industri tanah air apabila semalam seorang pelakon terkenal ditahan polis dan disahkan positif dadah. Farid Kamil yang juga seorang pengarah telah bertindak menampar seorang polis dan menendang orang awam semasa berada di balai polis. 

Tindakan peliknya itu menyebabkan polis melakukan ujian air kencing serta mendapati dia positif dadah jenis ganja. 

Farid ketika ditahan di balai polis.
Berita mengenai kejadian ini telah disahkan oleh  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din. Kini, Farid disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. 


Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.


Susulan berita tersebut, satu salinan laporan polis berkenaan kejadian itu telah tersebar di internet. Menurut laporan tersebut terdapat seorang lelaki yang membawa Farid ke balai polis  semalam. 

Sebelum  kejadian di balai polis tersebut berlaku, individu itu memberitahu beliau menjumpai Farid tidak berbaju didalam hujan dan meminta pertolongan. Sepanjang perjalanan mereka ke balai polis, lelaki tersebut mengakui Farid kelihatan agak resah dan berkelakuan aneh. 

Hubungan Sofi dan Farid seperti adik-beradik.
Rakan seperjuangan Farid, pelakon Sofi Jikan turut memberikan kenyataan mengenai pengarah itu. Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.

"Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.

"Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, " ujarnya dipetik daripada mStar Online.

Sementara itu, Sofi menambah, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.

"Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita '300 artis berhutang dengan ah long. Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian," ujarnya. - CARI 

10

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 12-1-2018 11:05 AM
Apa kaitan nk bela nasib peminjam Along dgn ambik ganja?
Quote qistiena 12-1-2018 11:06 AM
tapiii takkan sampai amek dadah kalau iya pun depress...
Quote caprut 12-1-2018 11:08 AM
qistiena replied at 12-1-2018 11:06 AM
tapiii takkan sampai amek dadah kalau iya pun depress...

Sembang lebih depresi. Ksian org btol depresi mcm aku. Ckp jela ko amek weed sbb tu nk acah2 cool
Quote bukan_ustazah 12-1-2018 11:09 AM
Edited by bukan_ustazah at 12-1-2018 11:28 AM

Ganja tak create violance tapi more to Pain reduction, Enhanced sensory experiences, Focus, and Laughter. Senang cita ganja ni buat kau lebih alert dan happy ketawa tak henti. sebab tu dekat europe ada negara yang legal kan ganja ni. I tetap rasa fishy kes ni
Quote zulka 12-1-2018 11:09 AM
so...kalau byk masalah amik dadah tu satu tindakan yg betul la ye..ok baru aku tau
Quote melinda_kerr 12-1-2018 11:10 AM
takde kaitan dgn attitude baik jahat bila ambil dadah. mungkin juga ada depression/ masalah hidup. tpi datuk ni pukul polis itu yg jd issue besar kot.
Quote melinda_kerr 12-1-2018 11:12 AM
qistiena replied at 12-1-2018 11:06 AM
tapiii takkan sampai amek dadah kalau iya pun depress...

it’s the short gateaway untuk dapatkn ketenangan. silapnya ujung2 jd addicted dan jadi penagih.
Quote kiah_mai_pulak 12-1-2018 11:12 AM
Geng ganja.. harus lah back up.. boleh masuk list gegarvaganja.

Gegarvaganja = Geng retis verangan isap ganja..

@sepitsiput lulus x masuk dlm frasa caritizen uols??

@gegarvaganja sorry meolss cilok id u.. hahaha
Quote shernazz 12-1-2018 11:21 AM
kiah_mai_pulak replied at 12-1-2018 11:12 AM
Geng ganja.. harus lah back up.. boleh masuk list gegarvaganja.

Gegarvaganja = Geng retis veranga ...

Ada nama forumner kan vaganja ni
Haha
Quote shernazz 12-1-2018 11:22 AM
Iols dengar dlm.suria td
Sofi jikan ckp gitu
Eh..kau x pikir plak yang kene lempang tu
Menjatuhkan air muka depa okeh
Xde salah apa tetiba kene lempang
Quote balakkampung 12-1-2018 11:23 AM
kalau depress bukan carik ganja...dah ko orang islam...carik la uztaz...dekatkan diri dgn Allah...tak boleh terima betul aku alasan ambik ganja atau dadah sebab depress..
Quote shernazz 12-1-2018 11:23 AM
kiah_mai_pulak replied at 12-1-2018 11:12 AM
Geng ganja.. harus lah back up.. boleh masuk list gegarvaganja.

Gegarvaganja = Geng retis veranga ...

Sorry br pasan ayat paling bawah
Hahahahhaa
Quote kiah_mai_pulak 12-1-2018 11:26 AM
Td dekat fb tgk nenaz gemok gedempol takda job marah kat encik bawang holland yg sebar gmbar tokyidmil tu.. kosserr lahh nenaz nk menempel gak,, ke ko pun geng gegarvaganja????
Quote kiah_mai_pulak 12-1-2018 11:27 AM
shernazz replied at 12-1-2018 11:23 AM
Sorry br pasan ayat paling bawah
Hahahahhaa

Kena bagi royalti dekat vaganja klu tokpitput lulus kan.
Quote shernazz 12-1-2018 11:29 AM
kiah_mai_pulak replied at 12-1-2018 11:27 AM
Kena bagi royalti dekat vaganja klu tokpitput lulus kan.

Kan
Dia pon bahasakan diri dia ganja..
Hahahaha
Quote mieymiey 12-1-2018 11:33 AM
Kang kejap lagi ada la tu statement dari Tekya. Geng-geng dia harus backup geng sendiri.
Quote tomaz 12-1-2018 11:35 AM
Senyap je la sopi. Kang netz korek pulak cerita ko. Dah la ko pon spesis keping gering je
Quote cikus 12-1-2018 11:38 AM
Tunggu geng ganja mai back up....
Quote kucingitam 12-1-2018 11:39 AM
bukan_ustazah replied at 12-1-2018 11:09 AM
Ganja tak create violance tapi more to Pain reduction, Enhanced sensory experiences, Focus, and Laug ...

betul juga...kalau ganja buat tenang, mesti dia rilek2 je takde nak pukul polis tu.

mungkin kena provoke kot..

ahah...satgi ada lak kata aku kipas susah mati parid kamil

Lihat semua komen(223)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.232155 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top