Seorang wanita warga emas menjadi tumpuan apabila gelagatnya bercakap dalam Bahasa Inggeris berjaya menarik perhatian pengunjung di Pasar Tani Kota Jembal, Kedai Lalat, Kota Bharu.
Rafeah Jaafar, 67, berkata kefasihannya bertutur dalam bahasa tersebut adalah sejak dari sekolah menengah, hasil pergaulan dengan pelajar kaum lain dan minatnya terhadap bahasa lain. "Saya juga berkawan dengan pelbagai kaum untuk meningkatkan tahap penguasaan dalam bahasa termasuk ketika berurusan dengan pelanggan. "Bagi menarik pelanggan, saya akan bercakap dalam bahasa Inggeris dan mereka berminat untuk mendengar serta turut bertutur dengan saya," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, video yang diambil oleh seorang pelanggan telah menjadi tular di Facebook. "Alhamdulillah sejak video yang diambil seorang pelanggan tular di Facebook, ramai yang mencari mak cik termasuk untuk membeli kain. "Mungkin itu rezeki mak cik dan pada masa yang sama dapat meningkatkan jualan kain batik sarung yang dijual," katanya. Selain Bahasa Inggeris, dia juga fasih bahasa Hokkien. "Ketika di Makkah, mak cik selalu bertanya kepada orang Arab berhubung sesuatu perkataan ketika mahu membeli barang. "Dengan cara itu, kita dapat mempelajari dan menguasai bahasa lain supaya tidak terus ketinggalan," tambahnya. -CARI
|
8
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
9
Sedih |
1
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 12-1-2018 06:53 PM
English sheols level2 tok vida jah..
highcastle replied at 12-1-2018 07:34 PM
Apa2 pun.. yg aku nak kata pompuan Kelantan mmg pandai berniaga............
budaktua replied at 12-1-2018 08:36 PM
tok vida bjln round donia.. mak cik ni just tercongok kat situ je....
lg kelas la mak cik ni da ...
ADVERTISEMENT