Malaysia semenjak dahulu kala sangat gemarkan cerita-cerita hikayat yang membantu membina masyarakat kita kini. Dari hikayat Merong Mahawangsa bersama Jentayu, sehingga Hang Tuah dan cerita Taming Sari, sangat banyak nilai murni yang boleh dipelajari. Namun dalam artikel ini akan dikongsikan barang-barang sakti dalam pelbagai mitos dunia yang popular. Ramai yang baru perasan alat mitos ini dari cerita Hollywood yang telah dipopularkan, atau pun dalam kartun Nickelodeon. Apa-apa pun, senarai di bawah adalah sangat hebat.
1. Tongkat Raja Monyet (Ruyi Jingu Bang) Anda mesti pernah tengok Dragon Ball kan? Masa Suzikon (Goku) masih kecil, dia pun ada juga tongkat ni. Dalam cerita asal ‘Journey to the West’, tongkat ini adalah kepunyaan Raja Monyet Sun Wukong. Dikatakan boleh membesar sehingga 20 kaki tinggi dan tebal diameternya sehingga mencecah 1 tong dram. Di hujungnya terdapat gegelung emas dan kadang-kadang boleh mengecil sehingga sebesar batang pin. Bila dah kecil, Sun Wukong akan letak di atas telinganya. Tongkat ini dihadiahkan oleh Raja Naga dan Ratu Naga dari gudang harta mereka.
2. Tangan Kemuliaan (The Hand of Glory) Siapa suka main permainan video Skyrim, mesti pernah dengar tentangnya. Menurut lagenda Perancis, ia adalah tangan kiri pencuri yang telah mati digantung dan dijadikan mumia. Ianya biasa digunakan sebagai pemegang lilin yang mana si pemegang dikatakan akan menjadi halimunan kalau digunakan. Ada versi yang mengatakan juga yang tangan ini mampu membuat penghuni rumah tidur kalau dibiarkan lilin yang dipegang tadi dalam rumah yang tidak dibiarkan berkunci. Haa… Ironi sebab tangan pencuri digunakan untuk mencuri. Geli betul! 3. Topi Kegelapan (Helm of Darkness) Nama dia 'mengundang' betul sebab fungsi dia sama sahaja dengan topi halimunan. Ceritanya bermula dalam mitos Greek apabila si pemakai boleh jadi halimunan ketika memakainya. Pada era peperangan raksasa dan dewa dewi, ada alatan perang dewa dewi yang dibuat untuk membantu dalam peperangan dan topi ini adalah antaranya. Ia dibuat untuk Hades, dewa neraka. Beliau menyimpannya walaupun perang dah tamat dan meminjamkan kepada Perseus ketika memburu Medusa. Medusa adalah makhluk yang mampu menyumpah orang menjadi batu dengan pandangannya tetapi selepas menggunakan topi ini, sumpahan itu tak Berjaya dan Perseus Berjaya mengalahkan Medusa. 4. Mjölnir – Tukul Thor Nak sebut pun susah. Cara sebutan yang betul adalah Mi-yol-nil dan ini mesti korang pernah nampak dalam cerita Marvel Thor tu. Tukul ini boleh menghasilkan kilat dan hanya boleh digunakan pada yang benar-benar layak sahaja. Bila dilontar, ia akan berpatah balik pada si pelontar macam boomerang. Cerita asalnya ia diberi sebagai hadiah oleh Loki untuk Thor selepas Loki memotong rambut Sif, isteri Thor. Ia dibuat oleh dua orang kerdil diberi nama Brokkr dan Sindri apabila Loki mencabar mereka. Banyak juga beza cerita Marvel dengan cerita asalnya, tapi benda masih sama. 5. Buku Thoth (Book of Thoth) Dalam kepercayaan Mesir kuno, Thoth adalah dewa kebijaksanaan yang mempunyai kesemua ilmu dalam dunia. Buku ini pula ditulis oleh Thoth sendiri dan mengandungi jampi serapah untuk memahami bahasa dewa dewi dan haiwan. Dalamnya juga mengandungi pelbagai sihir dalam dunia. Kalau korang baca muka surat pertama, korang boleh menawan langit, bumi, jurang, laut dan gunung. Walaupun begitu, buku ini ada sumpahan. Orang yang pertama menjumpai buku ini adalah Putera Nefer-ka-ptah. Isteri dan anak putera itu dibunuh dan beliau membunuh diri selepas membacanya. Beliau dimakamkan bersama buku ini. 6. Excalibur Pedang ini sangat popular dengan cerita Raja Arthur di United Kingdom. Menurut lagendanya pedang ini terpacak atas batu dan hanya mereka yang berhak sahaja dapat mencabutnya dan menjadi raja seluruh England. Legenda lain ada mengatakan asalnya pedang ini dari wanita tasik. Bila Raja Arthur hampir mangkat, beliau memerintahkan Sir Bedivere untuk mencampakkan Excalibur kedalam tasik tempat wanita itu. Sir Bedivere membuatnya selepas 3 kali diperintahkan oleh Raja Arthur. Lagenda itu tak habis disitu, dikhabarkan Raja Arthur dan Excalibur akan dating suatu hari nanti semula untuk menyelamatkan England dari ancaman. 7. The Flying Dutchman Semua orang pernah dengar kisah ini daripada cerita Pirates of Caribbean dan Spongebob bukan? Ini bukan cerita baru, sebaliknya kisah legenda ini sudah lama. Dahulunya kapal ini dikemudi oleh seorang kapten bernama Hendrick van der Decken dan karam pada tahun 1641 ketika perlayaran untuk berdagang. Tiba-tiba kapal tersebut bertembung dengan satu ribut yang mana krew kapal telah meminta kapten untuk bertukar arah. Sambil menghisap paipnya, Kapten Hendrick menolak dan mencabar kemurkaan tuhan. Krew kapal itu memberontak dan Kapten Hendrick membunuh ketua pemberontak itu dan melemparkan ke laut. Sejurus badan mangsa terhempas ke laut, kapal Kapten Hendrick menyumpahnya kerana tidak tahan dikemudi orang yang tidak berperi kemanusiaan dengan menyatakan “Akibat dari tindakan kamu, aku menyumpah yang kamu akan berlayar di lautan selama-lamanya bersama krew kamu yang berhantu yang akan membawa kematian kepada sesiapa yang melihat kamu. Kamu juga tidak akan pernah berlabuh atau mengenal erti keamanan,” Cuba teka apa reaksi Kapten Hendrick? “Amen,” dan kapal itu menyumpah dirinya sendiri kerana keegoan kaptennya. 8. Kaladanda (Tongkat Kematian) Dalam kepercayaan agama Hindu, Yama adalah dewa kematian. Tongkat saktinya diberi nama Kaladanda atau tongkat kematian yang boleh membunuh sesiapa sahaja. Tidak kira apa perlindungan atau istimewanya anda, kalau Yama mahukan anda mati, anda akan mati dengan tongkatnya. Akhirnya anda akan dihakimi oleh Yama dan roh anda akan ditentukan olehnya kemana ia akan pergi. Sama ada tempat yang baik atau buruk. -CARI
|
16
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT