CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Berani? Jom Lawati Tempat-Tempat Yang Berhantu Di Malaysia

18-1-2018 12:43 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 2741| Komen: 0|Original author: Oleh: Faizal

Sesuatu tempat itu dikatakan misteri atau berhantu biasanya bila lama sudah ditinggalkan dan tiada siapa pun pernah datang. Selain itu, mungkin dengan adanya cerita-cerita dari satu generasi ke satu generasi tentang kejadian-kejadian misteri yang berlaku di sesuatu kawasan tersebut sehingga ramai yang beranggapan tempat itu menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Jika anda berani! Jom lawati tempat-tempat yang berhantu di Malaysia ni

1. Lebuhraya Karak, Pahang


Dikatakan, lebuhraya ini berhantu dek kerana terdapatnya cerita-cerita mistik tentang misteri kereta Volkswagen kuning yang tidak mempunyai pemandu tetapi berjalan di atas lebuhraya ini. Kalau kita berada dalam situasi ini, tentu sahaja kita takut kan?

Selain kisah Volkswagen kuning, ada juga cerita-cerita lain seperti kereta yang sedang dipandu seperti terdengar bunyi hempasan di bahagian belakang kereta. Dan apabila diteliti, kelihatan pontianak sedang berbaring di atas but kereta mereka.

Walau apapun ceritanya, memang diakui lebuhraya Karak yang dibuka pada tahun 1977 ini mempunyai sejarah tersendiri. Begitu banyak kemalangan-kemalangan ngeri berlaku di sini. Yang paling popular ialah kemalangan yang melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas dan meragut 17 nyawa. Mungkin kejadian ini penyebab mengapa lebuhraya ini menjadi begitu misteri. Siapa tahu? Hanya Allah sahaja yang tahu. Wallahualam.

2. Highland Towers, Ampang



Sudah pasti ramai yang mengatahui kisah Highland Towers runtuh suatu masa dahulu. Tragedi ini merupakan satu musibah yang paling mengerikan di negara kita dan sungguh memilukan semua rakyat Malaysia. Selepas kejadian itu, pihak berkuasa telah mengarahkan semua penghuni untuk mengosongkan bangunan ini.

Bermula dari sini, berbagai cerita dan kisah-kisah seram lagi mengerikan timbul tentang bangunan yang telah ditinggalkan ini.
Lagi menarik, kisah-kisah seram itu telah diangkat menjadi naskah filem-filem hantu di negara kita.


Sekali pandang bangunan ini dari jauh pun sudah mengerikan, inikan pula nak cuba masuk ke dalamnya. Memang menempah maut!

3. Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang


Masyarakat Cina percaya di mana ada lampu yang menyala iaitu Yang, makan Yin iaitu bayang-bayang akan muncul bersama.

Namun begitu, sesetengah tempat sinaran Yang tidak masuk, makan kegelapan Yin akan menyelubungi dan antara tempat yang dikaitkan dengan unsur Yin adalah dewan.

Mengikut cerita yang agak popular tentang Dewan Sri Pinang, seorang penari telah dirasuk ketika membuat rehearsal.
Penari itu bergayut dan meminta penari lain untuk berdansa bersama sebelum menyuruh mereka semua melakukan penyembahan di sekitar dewan termasuklah kawasan sempit di bawah pentas.

Penari seakan berkhayal dan tubuhnya seperti dikawal kuasa ghaib. Kekasih wanita itu cuba untuk menyedarkannya.

Tiba-tiba wanita itu menjerit dengan kuat dan mengarahkan semua orang untuk tinggalkannya seorang diri di situ.

4. Penjara Pudu Kuala Lumpur


Dibina pada zaman penjajahan British dan digunakan sebagai kem tahanan perang semasa penjajahan Jepun dan pernah menempatkan sehingga 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal Botak Chin, yang telah dihukum mati pada 1981.

Suara jeritan boleh didengar dari tempat hukuman dilakukan, walaupun ketika tiada orang di situ dan sesetengah tempat didalam penjara ini dikatakan lebih sejuk.

Penjara Pudu telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil.

Diharap bangunan baru yang sedang dalam pembinaan bebas daripada gangguan makhluk halus.

Itulah tadi antara bangunan dan tempat yang dikatakan paling perhantu dan misteri di Malaysia? Anda pula rasa bagaimana? Mengerikan ataupun tidak? - CARI 
5

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.075589 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top