CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Sahaja Terkenal Dengan Tanah Tinggi, Ini 9 Pantai Cantik Di Pahang Ramai Tak Tahu..

24-1-2018 10:56 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 2692| Komen: 3|Original author: Oleh: Faizal

Pahang adalah antara negeri terbesar di Malaysia. Banyak tarikan pelancongan yang terdapat di Pahang sama ada tarikan dari segi pantai-pantai yang menarik, tanah tinggi yang bersuhu dingin, rekreasi hutan di yang menghijau dan macam-macam lagi. 

Tetapi buat sesiapa yang datang ke negeri ini sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi pantai-pantai yang indah di Pahang.

Berikut antara senarai pantai-pantai cantik lagi memukau yang terdapat di negeri Pahang:

1. Pantai Cherating

Sumber: Carian google

Pantai peranginan yang sangat terkenal ini terletak dalam 30-40 minit memandu dari bandar Kuantan dan tidak jauh dari Bandar Chukai Kemaman, Terengganu.


Pantai Cherating mempunyai pantai yang sangat lapang, bersih dan sesuai untuk aktiviti air bersama keluarga. Terdapat pelbagai penginapan baik chalet ataupun hotel di sekitarnya.

2. Pantai Teluk Cempedak

Carian google

Carian google

Pantai santai-santai petang yang paling dekat dengan bandar utama Kuantan. Di sini terdapatnya beberapa hotel dan penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di tepi pantai. Pantai Teluk Cempedak ini tidak sesuai untuk mandi manda dan lebih kepada tempat lepak dan bersiar-siar sama ada pada waktu petang ataupun malam.

3. Pantai Batu Hitam

Carian google

Satu lagi pantai rekreasi yang hanya 7 km dari bandar Kuantan. Saban hujung minggu, memang ramai warga setempat yang datang bersama keluarga untuk aktiviti tepi pantai samaada berkelah, main air laut dan juga tidak kurang yang berkhemah. Chalet dan penginapan di sekitarnya pun banyak.

4. Pantai Beserah


Juga dekat dengan bandar utama Kuantan dan pantai ini merupakan pantai yang sangat sesuai untuk santai-santai dan paling popular disekitarnya terdapat beberapa restoran makan malam yang menyediakan makanan laut yang enak dan segar.

5. Pantai Balok

Pantai Balok berdekatan dengan Pantai Beserah. Keindahan panoramanya sama sahaja. Di sini sering menjadi lokasi untuk memancing, windsurfing dan berkelah. Pantai Balok juga popular dengan makanan laut yang fresh. Penginapan hotel dan resort juga da di sekitar pantai ini.

6. Pantai Sungai Ular

Terletak berhampiran muara Sungai Ular dan lebih kurang 20 minit memandu dari bandar Kuantan. Di sini terdapat beberapa penginapan atau homestay tepi pantai yang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian yang lebih tenang dan lebih kampung

7. Pantai Gelora / Taman Gelora

Senang cerita, merupakan taman rekreasi bertasik di tepi pantai. Di taman ini juga terdapat kemudahan seperti jogging dan jalan kaki yang sesuai diguna pada waktu pagi atau petang. Gerai-gerai makanan juga disediakan di sini. Hanya beberapa km sahaja dar Pantai Teluk Cempedak.

8. Pantai Sepat

Terletak lebih kurang 10km ke arah selatan bandar Kuantan dan di sekitar Pantai Sepat terdapat beberapa penginapan seperti resort, chalet, homestay dan hotel yang sesuai sebagai destinasi percutian atau untuk team building.

9. Pulau Tioman

Sumber: Jomjalan.com.ny

Satu tempat percutian yang sangat popular di Pahang dan menawarkan aktiviti sukan air seperti snorkeling, scuba diving dan jet ski yang pasti membuatkan anda jatuh hati dengan keindahan Pulau Tioman. Chalet murah dan penginapan eksklusif juga banyak di sini. - CARI 

Sumber: caridestinasi.com 
5

Bagus
8

Marah
1

Terkejut

Sedih
5

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-2-2018 12:01 PM
meisapoya: Bagi i, pantai batu hitam plg cantik.. dulu2 sblm pencemaran boksit, air nye sebiru air dkt pulau time tghari. Cantik yg amat nmpk perahu terapung ats ...
Dulu kat pantai situ blh nampak penyu mengawan, sekarang penyu dah pupus yang ganti manusia mengawan
Quote meisapoya 25-1-2018 01:35 PM
Bagi i, pantai batu hitam plg cantik.. dulu2 sblm pencemaran boksit, air nye sebiru air dkt pulau time tghari. Cantik yg amat nmpk perahu terapung ats air biru. Skrg nmpk almost biru, tapi kureng lawa sikit
Quote nisako 25-1-2018 10:30 AM
adui rindu pulak nak pi pantai.....................

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.041179 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top