CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Hanya Ikut Arahan" – Wany Hasrita

18-1-2018 01:01 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 22945| Komen: 91|Original author: Oleh: Suzy

Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu 32 semakin dirasai oleh seluruh peminat muzik tanah air. Majlis anugerah tersebut bakal diadakan pada 11 Februari depan di Axiata Arena, Bukit jalil. Wany Hasrita antara nama yang tercalon di dalam anugerah berprestij itu. 

Semasa ditemui pada Majlis Sidang Media AJL32 yang diadakan di Hotel JW Marriot Khamis lalu, penyanyi lagu Menahan Rindu itu mengulas mengenai komen negatif peminat dan netizen yang kurang senang dengan penampilannya dalam beberapa foto promosi program tersebut. 

Komen negatif pengikut instagram Wany Hasrita.
Ada juga menegur mekap Wany.

Wany berkata, dia mengambil langkah tidak membaca kritikan itu kerana ia akan menyebabkan semangatnya jatuh sementara sedang membuat persiapan menjelang acara besar yang dinantikan itu.

"Saya malas nak baca komen negatif, jadi selalunya saya padam atau sekat sahaja mana-mana akaun yang komen negatif.
"Jangan risau saya hanya ikut permintaan mereka sahaja agar program itu berjalan lancar seperti yang ditetapkan," ujarnya.

Wany yang bakal mempertaruhkan lagu Menahan Rindu itu berkata, dia sedang menjalani kelas vokal bersama penyanyi Erni Zakri sebagai persediaan melakukan persembahan pada malam itu.

Katanya, dia juga akan memastikan kesihatan dan staminanya tidak terjejas untuk pertandingan itu.

Barisan artis yang bakal berentap 11 Februari ini.
Lagu lain yang turut tercalon  pada malam tersebut termasuklah Akhirnya Cinta nyanyian Salma, Aku Cinta (Erni & Syamel), Aku Yang Sebenar (Hazama), Amboi (Altimet), Bayang (Khai Bahar) dan Jampi (Hael Husaini).

Selain itu, Lebih Sempurna (Syamel), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Sejati (Azmi Caliph Buskers), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan Warkah Untukmu (Ara Johari). - CARI 

6

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aduradura 18-1-2018 01:08 PM
Edited by Aduradura at 18-1-2018 01:12 PM

Standard ape retisss delete comment negative....

ini pun jadi bahan berita ke? Stupid editor cari suzy

Rase bodgos ni dah jadi macam tempat blog picisan artis ...ala2 majalah mangga kehkeh
Quote BookerT 18-1-2018 01:13 PM
Aduradura replied at 18-1-2018 01:08 PM
Standard ape retisss delete comment negative....

ini pun jadi bahan berita ke? Stupid editor cari ...

kau ni nyah..mak perati je gaya kau membahas orang lain nyah..macam bebagus sangat je kau kan nyah...tetapi mak tengok kau ni poyo je...kau memang berangan nak jadi moderator sangat ke nyah?
Quote virgo19 18-1-2018 01:26 PM
dulu aku tak suka wany ni, rasa mcm dia ni muslimah gedik, pastu imej macam cikgu2, tapi lepas tengok interview dia beberapa kali sempena AJL ni, nampak dia ni mcm jenis bijak dan agak tegas, kira bukan bimbo la, jadi terminat sikit pulak..
Quote virgo19 18-1-2018 01:28 PM
btw, ramainya artis bbnu dlm AJL kali ni, rasa mcm dayang dan altimet je yg otai..
Quote kodoksilver 18-1-2018 01:28 PM
wany ni nampak classy , iolsss sukaaaa
Quote CikRoyanners 18-1-2018 01:34 PM
X minat dik wany ni ..tp fans2 pn janganlah berlagak sesuci alam suruh itu ini ,larang itu ini kat retis kesayangan .retis pun ada life diorang sendiri .
Quote idakamaruddin 18-1-2018 01:42 PM
virgo19 replied at 18-1-2018 01:28 PM
btw, ramainya artis bbnu dlm AJL kali ni, rasa mcm dayang dan altimet je yg otai..

eh bkn ke altimet dulu ckp nk bersara bln 11 2017 ke cane nth


Quote royaldanish 18-1-2018 01:46 PM
idakamaruddin replied at 18-1-2018 05:42 AM
eh bkn ke altimet dulu ckp nk bersara bln 11 2017 ke cane nth

acah2 je kot heheh ekonomi skrg tak mengizinkan
Quote noni165 18-1-2018 01:49 PM
so far wani ni nmpk agak classy jugak la..maybe sbb beauty with brain..
Quote tomaz 18-1-2018 01:50 PM
Bosan nya dpt fans makcik2 bawang ni. Semua salah kekdahnya. Tp kalau dapat fans dr nuraka lg haru
Quote siputsedut 18-1-2018 01:53 PM
Kalau nk ikut hukum takdelah dia dok jd penyanyi dr awal..baik jd ustazah je akak2 oi...akak bawang ni nak apa sebenarnya? Nak berhibur tp penuh dgn barokah ke apa ni?

Quote jemahjacjon 18-1-2018 01:54 PM
Aduradura replied at 18-1-2018 01:08 PM
Standard ape retisss delete comment negative....

ini pun jadi bahan berita ke? Stupid editor cari ...

Kalau masuk forem ni smua bnang reputs cari jah. Dah la byk citer recycle. 1 topik bukak smpi 4 5 thread. Pastu jenis ceduk ig/ twitter/sokabar.

Apa function reputs ni pun xthu la. Menyemak je
Quote jemahjacjon 18-1-2018 01:56 PM
Ni jah artis yg bertanding? Ajl ni dah jatuh standard ke macam mana? Xkan nak harapkan dayang jah. Aku rasa dayang pun malu dok berbaris dgn so called artis bbnu tu
Quote opie5662 18-1-2018 02:10 PM
sakai nye la netizen ni...pakai gitu pon kene hencap..biase je pon....xde la pakai mcm queen hanis..dah gile agaknye manusia malaysia skrg ni
Quote alesandra 18-1-2018 02:11 PM
dia ni mmg muka mcm nurul izzah ye.masa gv  ke apa...dia jadi guest artist..mak aku pun kata..eh ini anak anwar ibrahim kan?dah menyanyi pulak ke dia
Quote Saltydoraemon 18-1-2018 02:40 PM
adoi macam macam lah
Quote bukan_ustazah 18-1-2018 02:42 PM
Gossip sendu apakah ini ....  kau nak dia pakai macam mana lagi? bertutup macam taliban ke???
Quote ahlisihircute 18-1-2018 03:21 PM
Edited by ahlisihircute at 18-1-2018 03:23 PM

dia nyanyi lagu cinta meleweh....bukannya juri akademi alquran ..
Quote Aduradura 18-1-2018 03:34 PM
jemahjacjon replied at 18-1-2018 01:56 PM
Ni jah artis yg bertanding? Ajl ni dah jatuh standard ke macam mana? Xkan nak harapkan dayang jah. A ...

Dayang je ke penyanyi senior utk ajl kali ni? Rindu kan zaman AJL dulu2

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.078586 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top