CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakcik Berkaki Ayam Dalam Tren Ditertawakan, Terima Kasih Tolong Dia! - Netizen

18-1-2018 01:22 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6944| Komen: 39|Original author: Oleh: Ain

Eh, eh! Ada juga manusia perangai macam ini ya? Boleh pula dia bergembira di atas kesusahan orang lain.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter Sharul Hafidz, dia menceritakan bagaimana seorang lelaki tua berkaki ayam di dalam sebuah tren menggigil kesejukan.

Bagaimanapun, terdapat sekumpulan wanita merakam video pakcik itu sambil mentertawakannya.

"Nampak pakcik ni menggigil dalam tren yang sejuk sebab hujan. Dia berkaki ayam saja,"
tulisnya.



Berdasarkan posting Sharul, difahamkan pada awalnya dia agak keberatan mahu menegur dan bertanya pada pakcik itu kerana bimbang lelaki berkenaan mempunyai masalah mental.

Namun, dia terkejut apabila mendapat tahu kenapa pakcik itu berkaki ayam.



Negatif betul



Sebaik sahaja mengetahui cerita sebenar di sebalik kaki ayam pakcik itu, Sharul memutuskan untuk memberinya sepasang selipar.




Bukan Sharul sahaja yang menyedari keadaan pakcik itu, malah terdapat penumpang lain yang turut prihatin.


"Nah, akak bagi 'gula-gula' kat adik"






Rata-rata netizen berterima kasih kepada Sharul kerana telah membantu pakcik itu.

"Ini baru adi wira sebenar. Tabik!"
tulis netizen.




Pun begitu, terdapat netizen yang sangsi dengan kebenaran kisah dikongsikan Sharul itu.

Foto: Twitter

Buat baik, dibalas baik. Semoga semakin ramai orang bersikap seperti Sharul dan makcik terbabit. - CARI
21

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
30

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 18-1-2018 01:34 PM

kalau x tahu nak tolong mcam mana, takut nak tegur atau apa..
tengok saja lah
x perlu nak ketawa pun..apa yg kelakarnya
Quote hencaphah 18-1-2018 01:46 PM
sedih cerita ni. den macam potong bawang
Quote idakamaruddin 18-1-2018 01:53 PM
separuh cite aku nak percaya tetibe dtg makcik bg duit tu mcm 50-50 plak

dah makcik tu nape x tlg pakcik tu terus dibg plak duit kt mamat ni



Quote shernazz 18-1-2018 02:20 PM
idakamaruddin replied at 18-1-2018 01:53 PM
separuh cite aku nak percaya tetibe dtg makcik bg duit tu mcm 50-50 plak

dah makcik tu nape x tlg ...

Ciri ciri hasanah tu ada bila part last tu kan
Quote krustykrab 18-1-2018 02:20 PM
idakamaruddin replied at 18-1-2018 01:53 PM
separuh cite aku nak percaya tetibe dtg makcik bg duit tu mcm 50-50 plak

dah makcik tu nape x tlg ...

berbau hasan la pulak kan
Quote Saltydoraemon 18-1-2018 02:39 PM
Baik dia ni. {:good{:good
Quote merrissa 18-1-2018 02:43 PM
another attention seeker!
Quote ~boolean 18-1-2018 02:47 PM
Kalau nak ceritakan kebaikan aku pada strangers sepanjang gunakan lrt, dah boleh buat buku berjilid-jilid.

Syukurlah mak aku ajar buat baik jangan dicanang. Mak dia tak ajar kot...
Quote idakamaruddin 18-1-2018 02:50 PM
shernazz replied at 18-1-2018 02:20 PM
Ciri ciri hasanah tu ada bila part last tu kan

itu la pasal x logik sungguh

Quote prettyuglybabe 18-1-2018 03:31 PM
dia boleh amik video pakcik tu tapi takde satu pun snap gambar pompuan yang ketawa-ketawa tu..
hasanah versi mrt sangat..
Quote amon_79 18-1-2018 03:57 PM
budak ni kebetulan sungguh bawa selipar spare...
Quote shoryu 18-1-2018 04:27 PM
amon_79 replied at 18-1-2018 03:57 PM
budak ni kebetulan sungguh bawa selipar spare...

Kan..kebetulan pulak bawa selipar
Quote besarkecik 18-1-2018 04:33 PM
aku terhasanah bila part last tu..
tapi ramai je sekarang ni suka canang dekat FB kebaikan yang dia buat. kebaikan yang ditambah bahan perasa
Quote orgsepang 18-1-2018 05:25 PM
amon_79 replied at 18-1-2018 03:57 PM
budak ni kebetulan sungguh bawa selipar spare...

Rasanya dia bagi selipar yang dia pakai tapi perkataan sepasang selipar tu memang macam selipar lebih yang dia bawa kan.
Quote giyomi 18-1-2018 05:26 PM
ntah jaman sekarang ni, sikit2 amik gmbar pastu viral sialan sgh. tp klu wat kebaikan pon jgn lah di war2kan, tak ikhlas namanya. And betul, aku pon tertanya, kebetulan ko bawak selipar ek.
Quote Artemesiaa 18-1-2018 06:16 PM
Manusia sekarang ramai yang suka menghakimi orang lain kalau tak sudi membantu lebih baik berdiam diri dari memcemuh.  Satu lagi ramai je suka nak ceritakan kebaikan yang dilakukan mungkin nak dijadikan pelajaran buat yang mengcemuh tapi hasil pasti akan disalah anggap juga, sebab tu lebih baik tak diviralkan cerita sebegini.
Quote PICes_Boy 18-1-2018 06:47 PM
kenapa ye org sekarang buat baik semua nak canang kat socmed? Demi sesuap like ke? jgn ingat yang senyap tu xpernah buat baik jugak..yang penting hati ikhlas & niat tu betul.. xperlu pong pang pong pang...
Quote yangsemb 18-1-2018 07:55 PM
Tahniah adik...{:cryrun
Quote aurorae 18-1-2018 07:56 PM
Edited by aurorae at 18-1-2018 08:02 PM
idakamaruddin replied at 18-1-2018 01:53 PM
separuh cite aku nak percaya tetibe dtg makcik bg duit tu mcm 50-50 plak

dah makcik tu nape x tlg ...

err aku percaya sebab ada pelancong Indonesia, a total stranger, bagi duit RM50 kat anak aku masa dalam lrt sebab impressed je.    Dan makcik itu tak bagi duit kat pakcik   sebab mungkin dia pun macam orang lain ingat pakcik tu tak betul pada mulanya, tapi lepas tu  impressed dengan budi bahasa anak muda yang dah rare zaman ni.    Maknanya, duit  RM50 tu memang dah diniatkan khas untuk anak muda itu, bukan untuk pakcik berkaki ayam.


Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.321409 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top