CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak 'Repeat' Tak?" - Sesekali Pensyarah Bergurau, Kecut Perut Pelajar Dibuatnya!

19-1-2018 12:47 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 6604| Komen: 25|Original author: Oleh: Khair

Sepanjang Januari ini adalah musim peperiksaan di kebanyakan universiti dan kolej di Malaysia dan pastinya ramai pelajar sedang sibuk membuat persiapan. Dalam masa sama, 'geng' pensyarah pula bertungkus lumus menanda kertas jawapan. 


Apa perasaan anda jika tiba-tiba pensyarah memaklumkan anda menjawab soalan yang salah menyebabkan dia terpaksa memberi markh rendah kepada anda? Alamak, nak buat macam mana ni sedangkan anda pasti telah menghantar kesemua kertas jawapan yang betul. Memang kecut perut dibuatnya kan?


Itulah perasaan dialami seorang pengguna Twitter. Menerusi laman Twitternya, Syamil Hafiy (@syam1l) berkongsi tangkap layar perbualannya dengan pensyarah berkenaan. 


Pada mulanya, pensyarah itu memaklumkan bahawa Syamil tidak menjawab soalan sepatutnya dan set jawapannya tiada dalam buku jawapan yang dihantar ketika peperiksaan. 



Lebih menakutkan Syamil adalah apabila pensyarahnya memaklumkan markah yang diperolehi hanya layak mendapat gred C+ dan akan menjejaskan CGPA Syamil. Pensyarah itu juga mencadangkan Syamil untuk mengulang subjek tersebut untuk semester hadapan.



Bagaimanapun, di akhir perbualan pensyarah tersebut mengucapkan tahniah kepada Syamil kerana markah diperoleh sebenarnya melayakkan dia mendapat gred A- dan dia hanya ingin bergurau dengan pelajarnya itu. 

Tweet itu meraih pelbagai respon netizen dan ramai mengucapkan tahniah kepada Syamil serta memujinya yang masih menjaga bahasa ketika berbual menerusi aplikasi WhatsApp dengan pensyarahnya. 


Foto: Twitter

Tahniah Syamil, kerana mendapat gred yang baik untuk subjek berkenaan! Harapnya, untuk semester akan datang tak kena troll macam ini lagi, ya? - CARI
6

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yangsemb 19-1-2018 01:08 PM
Tahniah kpd Syamil...acik tumpang stress baca mula2 tadi {:cryrun
Quote ms.mango 19-1-2018 02:53 PM
tahniah syamil...kalo dia baca laa
Quote mdhelmi 19-1-2018 03:00 PM
jawab soalan yg salah tu cane
xdpt bayangkan
Quote idakamaruddin 19-1-2018 03:02 PM
lawak wey lect skg

klau aku zaman budak skg msti aku pn mcm dorang selamba wsap tny markah

zaman aku dulu dh kuar result br tau dpt brp

xde nye lect nk pm ckp dh bp...huhu

Quote Artemesiaa 19-1-2018 03:08 PM
Bahaya juga buat lawak cam ni maklum ler zaman sekarang ni ramai je muda2 dah sakit jantung
Quote kroit92 19-1-2018 06:27 PM
Artemesiaa replied at 19-1-2018 03:08 PM
Bahaya juga buat lawak cam ni maklum ler zaman sekarang ni ramai je muda2 dah sakit jantung

a'ah
aku dua kali hantar kawan aku, budak bilik sebelah masa study dulu, pergi hospital naik ambulans pukul 3-4 pagi sebab kena serang sakit jantung

budak2 sekarang memang banyak penyakit, bukan tak aktif, tapi sebab keturunan
aku pun muda lagi dah ada darah tinggi dengan kencing manis, sebab keturunan parents dua2 ada penyakit ni
Quote aku_best 19-1-2018 07:26 PM
iols pun dulu nak jumpa lecturer pon takut..apa ntah lagi kalo msg2 mcm ni....
Quote RatuDunia94 19-1-2018 08:14 PM
Ok la sesambil nk bgtau dia dpt A- kann...
Quote HannahMontana 19-1-2018 08:38 PM
SAYY DAJJAL TO THE LECTURER
Quote imransulaiman 19-1-2018 11:39 PM
Budak baik Syamil ni.. Gambar dp pun dengan emak rasanya
Quote merrissa 20-1-2018 12:55 PM
kalo cter antu korea ke jepon ni...antu syamil yang akan balas whatsapp tuh...siap buat fb/insta live lagik
jangan memain prank gini..tme tuh dr pon buat fb/ig live...then akan berangkai...sapa yg tgk live tersebut akan turut mengikut jejak.....gitu la sebuah filem seram....hehehe
Quote wirazam 20-1-2018 06:13 PM
lecturer ni mcm tak amanah...bukan  ke gred dan markah nak kena masuk mesyuarat dulu semua baru boleh reveal pada student..

Quote drivethru 20-1-2018 06:57 PM
Aku siap tulis nota kat mukasurat last, suruh luluskan paper kimia organik aku. Mmg x yakin boleh lulus mase tu. Tapi dapat 3.33 jugak. Siap kena perli lagi bila naik sem.
Quote ariean 20-1-2018 09:55 PM
kroit92 replied at 19-1-2018 06:27 PM
a'ah
aku dua kali hantar kawan aku, budak bilik sebelah masa study dulu, pergi hospital nai ...

bior betul??!!  
Quote precious_chicas 21-1-2018 03:45 AM
huntuanglah zaman skang ada media canggih manggih boleh berurusan dgn lecturer senang2. Anyways, lain zaman, lain ragamnya.

Tp congrats la utk hadek ni. Lecturer pun...melawak. hahah
Quote rosasen 21-1-2018 10:46 AM
Tahniah syamil...anak sepupuku
Quote chinta89 21-1-2018 04:04 PM
kalau yg baik2 ni mengaku la sedara mara.

kalau yg penjenayah2 mati2 x ngaku sedara.
Quote subee 21-1-2018 04:27 PM
Mana buleh reveal grades ke students before mesyuarat peringkat fakulti dan senate..... Menjawab laaa pensyarah tu....aduhai...
Quote fair_iza 21-1-2018 05:51 PM
Pensyarah tak sepatutnya reveal sblm mesyuarat senat. Dan si Syamil tu sepatutnya tutup nama pensyarah tu.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050408 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top