Dalam kegembiraan anak-anak kita yang hidup bahagia dan gembira bersama keluarga, ada yang umur sebaya mereka terpaksa melalui kehidupan yang sukar dan serba kekurangan. Perceraian ibu bapa juga sedikit sebanyak menjadikan kehidupan mereka berada dalam kekurangan dan tidak mampu mnegurus diri dengan baik. Kisah ini sangat menyentuh hati. Ia dikongsi oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh yang sangat mengambil berat akan anak didiknya. Benarlah, sebelum seorang guru menyalahkan sikap pelajar yang degil dan terlalu aktif, ada baiknya guru itu mengenali murid itu dan latar belakangnya agar murid sebegitu dapat dibantu. Ramai yang sedih dengan kisah yang dikongsikan oleh cikgu ini. Netizen turut merasakan ia situasi yang perit untuk ditanggung oleh si bapa termasuklah dua beradik tersebut. Ada juga netizen yang bertanyakan kenapa ibu bapa mereka bercerai dan mengapa dua beradik ini tidak dijaga oleh ibu mereka? Orang yang tidak berada dalam situasi mereka tidak akan faham kehidupan yang dilalui dan mungkin itu adalah pilihan yang terbaik. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk kehidupan keluarga ini dan semoga dua beradik ini berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka lebih cerah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, mungkin adakalanya kita berasa kehidupan kita terlalu sukar, rupanya ada lagi insan lain yang hidup dalam kekurangan kasih sayang, perhatian dan juga wang ringgit. - CARI
|
chazey: Bencinya cikgu batak socmed siap karangan panjang lebar camni.
ADVERTISEMENT