Sebelum ini surat seorang pelancong dari New Zealand yang berpendapat uniform kru kabin syarikat penerbangan Air Asia terlalu menjolok mata tular di laman sosial.
Namun terkini, satu perosalan baharu timbul apabila beberapa portal dari negara tersebut telah mempertikaikan ketulenan surat berkenaan. Ini kerana siasatan terhadap nama dan tempat tinggalnya menimbulkan tanda tanya dan sekaligus menyebabkan kewujudan Dr June Robertson diragui! Menurut sumber, ramai yang meragui penulis surat itu merupakan seorang penutur asal Bahasa Inggeris kerana terdapat beberapa kesalahan tatabahasa di dalamnya. Hasil pemeriksaan, nama June Robertson juga tidak didaftarkan di bawah Lembaga Perubatan kawasan Wellington. "Tidak ada June Robertson yang berdaftar dengan Majlis Perubatan di kawasan Wellington. Walau bagaimanapun, terdapat June Robertson yang didaftarkan sebagai tinggal di alamat dalam surat itu. Tiada siapa berada di rumah ketika Herald melawat alamatnya," lapor nzherald. Satu permohonan telah dihantar ke perkhidmatan kesihatan DHB Capital & Coast untuk mengesahkan sama ada June Robertson bekerja dengan mereka, namun ini jawapannya: "Kami tidak mengesahkan atau menafikan bahawa orang ini adalah seorang pekerja DHB Capital & Coast. "Mendedahkan maklumat orang lain adalah melanggar privasi pekerja kami secara amnya, dan tiada kepentingan awam yang mengatasi kepentingan privasi pekerja kami sebagai satu kumpulan." Pemeriksaan di LinkedIn pula mendapati nama Dr Robertson wujud, namun maklumatnya sangat terhad. -CARI |
6
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noni165 replied at 23-1-2018 02:14 PM
dotor medic ke PHD? btw, siapa yg tegur tu xkisah lah.yg penting apa yg ditegur.
I also stop in KL
iloveselangor replied at 23-1-2018 03:49 PM
Kannn...patut upah la kokusen buat ayat kalau dah tahu diri tu suka makan belacan
ADVERTISEMENT